Koleksi Hadith
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)
------------------------------------------------------------------------Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. "
(Hadis sahih Muttafaq 'alaih)
------------------------------------------------------------------------
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat ada yang hasad (kepadanya)”.
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).
------------------------------------------------------------------------
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka".
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
-----------------------------------------------------------------------"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka".
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap langkah yang dilakukan untuk menuju ke masjid oleh seorang hamba itu diperkira baginya dan ditulis sebagai kabajikannyaa, manakala menanti sembahyang ke satu sembahyang yang lain itu diperkira sebagai amalan taqarrub kepada Allah".
-----------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Khabarkan berita gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam keadaan gelap bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak".
" Khabarkan berita gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam keadaan gelap bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak".
-------------------------------------------------------------------------------------
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama".
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

----------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut
— Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
— Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
----------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya."
(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
----------------------------------------------------------------------
Beriman Kepada Malaikat
----------------------------------------------------------------------
Beriman Kepada Malaikat
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya:
"Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?
- Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?
- Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?
Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi:
"Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia?
Lelakikah ia atau perempuan?
Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?"
(setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

---------------------------------------------------------------------
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (Hadith Qudsi):
"Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainya".(Al-Hadith)
"Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainya".(Al-Hadith)
---------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Sesiapa yang tawadhu' kerana Allah s.w.t , darjatnya akan diangkat oleh Allah s.w.t setinggi-tingginya."-Riwayat Ibnu Majah---------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Wahai Abu Hurairah! Bersifat wara' lah kamu nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi pengabdiannya. Hinakanlah diri kepada Allah s.w.t nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling bersyukur. Kasihilah manusia sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati. Perbaikilah hubungan sesama jiran pasti kamu akan menjadi seorang Islam sejati. Oleh itu kurangilah ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati." -Riwayat Ibnu Majah
---------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Mohonlah kepada Allah s.w.t keampunan serta kesejahteraan. Sesungguhnya kurnian yang terbaik untuk seseorang itu selepas mendapat keyakinan ialah mendapat kesejahteraan hidup." -Riwayat Tirmizi

"Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah s.w.t". - Riwayat Tirmizi

" Berilah ganjaran yang sewajarnya terhadap mereka yang telah melakukan kebaikan terhadapmu. Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk berbuat demikian maka doakanlah mereka sehingga terbukti kepada mereka bahawa kamu memang bersungguh-sungguh untuk memberikan mereka ganjaran".

-Riwayat Abu Daud
---------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada seorang mukmin yang lain dan mereka adalah bersaudara, di samping menjaga barangan mereka yang hilang serta mempertahankan mereka". - Riwayat Abu Daud

Hadith Qudsi yang bermaksud :
"Wahai manusia, Aku telah menaikkanmu ke atas kenderaan kuda dan unta, aku mengahwinkan engkau dengan pasanganmu, Aku jadikan engkau secantik-cantiknya dan sebagai seorang pemimpin. Dimanakah sifat syukurmu".

-Riwayat Muslim
---------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seorang apabila dia melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh".
-Riwayat Abu Ya'la
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seorang apabila dia melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh".
-Riwayat Abu Ya'la
Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud :
" Jadilah kamu sebagai seorang ulama' atau penuntut ilmu atau mendengar majlis ilmu atau kasih kepada ilmu. Janganlah kamu termasuk golongan yang kelima nescaya kamu akan binasa."- Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani
" Jadilah kamu sebagai seorang ulama' atau penuntut ilmu atau mendengar majlis ilmu atau kasih kepada ilmu. Janganlah kamu termasuk golongan yang kelima nescaya kamu akan binasa."- Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani
---------------------------------------------------------------------
Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
---------------------------------------------------------------------
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)
---------------------------------------------------------------------
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
---------------------------------------------------------------------
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata :
Wahai hamba-hambaKu !
Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu !
Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya.
Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku !
Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelian meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku !
Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku !
Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku !
Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku !
Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku !
Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku !
Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku !
Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
---------------------------------------------------------------------
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW :
" Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
---------------------------------------------------------------------Bersabda Nabi SAW :
" Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat :
" Ya Rasulullah ! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW :
" Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :
" Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu :
Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah . "
Sabda baginda :
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya :
" Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab :
" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
---------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a, katanya :
" Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
" Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia.-Petikkan dari Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.-
No comments:
Post a Comment