Sunday 29 May 2011

Pesanan Mak - Amalan Ayat 5 dalam Al Quran dan kadang2 kita tak faham besarnya maksud doa dalam solat kita

Rabbighfirli...


Mak pernah berpesan suatu ketika dahulu, Ki dalam al-Quran, ada lima ayat dalam beberapa surah yang mengandungi khasiat. Lima ayat itu lebih dikenali sebagai ayat Nashr, yang bermaksud suatu ayat yang boleh digunakan sebagai penolong atau pendinding diri. Ayat tersebut juga sememangnya menjadi amalan arwah Bak..


Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai 'khasiat' termasuk:
  • Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
  • Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
  • Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
  • Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.
.Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf “QAF” (Kaf besar),
Sebab itulah ayat lima ini bisa juga disebut dengan ayat lima puluh Qaf.
Karena itu ayat lima ini mengandung rahasia dan hasiat yang besar sekali artinya, diantaranya ialah,
  1. Ibnu Mas’ud meriwayatkan, Bahwa Rasulullah s.a.w. selalu membaca ayat lima ini, baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Tuhan
    2. Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah          dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

 
 
Ayat pertama adalah daripada surah al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud:


 “Apakah kamu tidak memerhatikan pengikut Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah kepemimpinannya) di jalan Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, lalu mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui ke atas orang yang zalim.”

Ayat kedua dari sura Ali Imran ayat 181

 






bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.

Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77 


 bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”

Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 77,

 bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”

Ayat terakhir daripada surah al-Ra’du, ayat 16

bermaksud: “Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawablah, Allah, katakanlah, Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada hal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak pula kemudaratan bagi diri mereka sendiri.”


Saturday 28 May 2011

Pesanan Mak - Amalan surah Taubah 128 - 129 ( Laqad Ja Akum .. )




Maksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Ayat ini juga untuk pengasih

6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

...ini adalah kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya secara istiqamah...
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGdVdHVPWJoCd2pLohkWnxzWPsk45CEvgigMiqFwSDRpKB5otOTWs-ODytyzP6ThjmuRh3XOKgvzPTGwaloXApicryGGIlYavWmqcUQojut34NAMNQptCeuOKBlLNecuJVKgxP1ZU_E7E/s320/ph-10582.jpg

Friday 27 May 2011

Pesanan Mak - Ayat Seribu Dinar

Amalan Murah Rezeki

ibu ku pernah berpesan.. baca dan amal ayat seribu dinar  untuk mencari rezeki dan insyaAllah, Allah sbw bersama kita dan memberkati apa yang diusahakan.... Ikut skrip yang Allah tentukan.. Amalan khusus jangan lupa...

lepas solat, selawat kepada nabi 100 kali..pastu baca ayat seribu dinar 3 kali atau lebih..pastu baca ayat ke 4 surah yusof...jangan lupa baca surah al-wa'qiah
amal kan dengan yakin ..Allah maha pemurah


"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki 
kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq.

pohon-aneh