Tuesday, 21 June 2011

Muslim dan Dugaan

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7AdK25tpb8COLSzK9ue2dvMTAH4pICxcguVTdnF81OYteVDGuwWTidzBIJrV_5GYqh36FET_5G0xIUHfKHSP3sujE8ORKLFEE960268IhMsPwW-ZDui9G57iETqVatxjhuStw15qV8m8r/s400/picture+3.jpg

 


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…Blog nikmat amal ingin berpesan-pesan ke arah kebaikan sekali lagi dan sama-sama lah kita menyokong wacana murni ini ke arah keberkatan kehidupan duniawi dan ukhrawi insya Allah...

Muslim ada dua jenis iaitu Muslim Asli dan Muslim Mualaf .Muslim Asli merupakan Muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam manakala Muslim Mualaf pula orang Muslim yang dahulunya kafir dan kemudiannya memeluk Islam dengan lafaz agung kalimah dua shahadah tanda persaksian Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Persoalannya ,anda berada di kategori mana? Mudahkan soalan ni?

Seterusnya,saya mengajak pula bagi semua yang menganut Islam untuk berfikir mengapa anda menganut Islam? Adakah untuk Pencipta agama ini ? Atau selain-Nya?

Soalan-soalan sebegini biarpun nampak remeh pada pandangan manusia tetapi bagi saya ianya penting untuk muhasabah insan.Bukankah soalan saya itu mudah dan di dalamnya ada jawapan hanya perlu pilih jawapan bergantung kepada individu yang menjawab.

Ok,sila baca sampai habis walaupun nampak tak menarik ^.^

Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir mengapa kita ditakdirkan untuk hidup seperti sekarang?Ada yang hidupnya susah,ada yang senang,ada yang kelam kabut ,ada yang banyak harta tapi tak tenteram dan sebagainya.Macam-macam jenis kehidupan yang tak mampu untuk saya taipkan.Cukuplah saya andaikan kalian mengetahui selain dari jenis-jenis yang saya sebutkan.Bagaimana dengan kehidupan anda pula?

Bukankah kehidupan ini sebenarnya adalah ujian?Ujian penentu keimanan diri.Sebagai contoh kenapa Allah jadikan seseorang itu orang miskin?Cuba singkap hikmah di sebaliknya.Mungkin kalau dia jadi orang kaya dia banyak buat maksiat,korupsi sana sini dan sebagainya.Kalau dia jadi orang miskin dia sentiasa dekat dengan Allah,jadi hamba yang bersyukur dan sentiasa berusaha yang terbaik di samping meletakkan tawakal yang tinggi kepada Allah.Begitu juga halnya bagi orang kaya ,mungkin kalau dia jadi miskin dia asyik mempersalahkan takdir mengapa dia dijadikan miskin atau sebagainya.Diingatkan ini hanyalah contoh semata.Memang tak dinafikan ada orang kaya yang merupakan Muslim yang baik.Bukankan setiap individu itu berbeza-beza imannya?Kita tak tahu tapi Dia Maha Tahu.Tak sama pengetahuan kita berbandiing pengetahuan Dia…

Allah jadikan sesuatu itu bersebab.Kadang-kadang kita sering salahkan takdir bila ditimpa ujian atau musibah.Padahal itu peluang pahala untuk kita kecapi sebenarnya.Cuba bayangkan anda ditimpa musibah ,kemudian anda sabar dan redha dengan takdir Allah ,kan dah dapat pahala sabar dan redha.Sabar dan redha merupakan dua perkara mahmudah yang sangat sukar untuk dilaksanakan oleh insan.Tapi tak mustahil untuk dilakukan oleh orang yang benar-benar percaya pada rukun iman.

Rukun iman ada enam perkara

1.Percaya kepada Allah

2.Percaya kepada Malaikat

3.Percaya kepada Nabi dan Rasul

4.Percaya kepada kitab-kitab Allah

5.Percaya kepada hari kiamat

6.Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Lihat, PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR itu merupakan salah satu rukun iman.Insya Allah kalau kita yakin dengan-Nya pasti boleh!~

Sebagai insan biasa memang tak dinafikan bila ditimpa ujian dan musibah terus melatah tapi jangan sampai gadaikan iman. Sangat bahaya......Istighfar banyak-banyak jika kita terlajak. Pengampunan Allah luas…..Allah Maha Pengampun.

Kesimpulannya,kita sebagai Muslim memang akan diuji dan diduga oleh Allah untuk mengukur taraf keimanan kita kepada-Nya.Bila diduga,kemana kita akan pergi?Kepada siapa kita mengadu?

Maka,ingatlah Allah di masa senang dan susahmu.

Bersangka baiklah dengan Allah jangan sekali-kali  bersangka buruk!

ALLAH TAK PERNAH TINGGALKAN HAMBA-NYA WALAU SEDETIK TETAPI HAMBA-HAMBA-NYA LAH YANG SERING MENINGGALKANNYA..

Peringatan Terakhir Untuk Kaum Muslimin..

zakieusof

No comments:

Post a Comment