Thursday 30 June 2011

Amalan Terbaik di Hari Jumaat ..

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHi5rXCEg532OaXiQiinAFrWZZn9qTLGlstDzAjdJAAIENHMBunbeh1x8OPcKFqEZmKHuFx6JqIWnIDPQqCaxa8O6L27PkS70sNTqA_7lgMCE7SPyw9TQ1cLRL-6eDWp2el9OeaLhZrYU/s320/mari-berdoa.jpg

 


Bulan Rejab di penghujungnya dan tepat pada hari Jumaat .. 'penghulu' hari pada setiap minggu.. subhanallah.. alhamdulillah ..Allahu Akbar .. 

Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1.Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

2. Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

3. Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

4. Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

5. Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

6. Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.. Allahu Akbar..

zakieusof

Wednesday 29 June 2011

Rasulullah Nabi Muhammad SAW

http://nidauljannah.files.wordpress.com/2011/02/cinta-rasul.jpg





Rasulullah SAW

Berabad-abad sudah berlalu

namun namamu masih melekat di hatiku

tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu

tak pernah aku melihat langsung dakwahmu

namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang

menembus perbedaan di antara seluruh umat manusia

cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman

Rasulullah SAW , begitu agung namamu

bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu

rindu pada suri tauladan yang kau berikan

rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu

rindu pada kedamaian yang kau ciptakan

Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu

Cinta dan kasih sayang mu tiada tara

Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu

Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu

banyak yang sudah berubah dari koridor garis awal

pun saya merasa demikian

Rasulullah SAW , aku rindu padamu

kami rindu padamu

Rasulullah Nabi Muhammad SAW

Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam

Allahumma Solli Ala Muhammad

semoga salawat itu akan tetap berdengung

hingga akhir masa nanti

Rasulullah Nabi Muhammad SAW


catatan seorang perindu
zakieusof

Israk Mikraj - 27 Rejab.. Satu Peristiwa Agung

http://www.kamranweb.com/photos/wp-content/uploads/2008/12/space.jpg



Hari ini, 29 Jun, 2011 bersamaaan dengan 27 Rejab, 1432 adalah tarikh satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia. 

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w. langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik sahaja Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.w.t.. Allah S.w.t. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Wallahu A’lam.
zakieusof

Tuesday 28 June 2011

Pendekatan Rasulullah SAW Melayani Isteri

http://ci2t141088.files.wordpress.com/2011/04/rasulullah.jpg?w=535






Alhamdulillah.. blog nikmat amal juga tidak ketinggalan dalam menekankan aspek kekeluargaan dalam Islam.. Antara contoh terbaik adalah nabi junjungan kita Rasulullah SAW..  Pada sahabat2 semuslim yang dirahmati Allah SWT. dan telah berkeluarga.. agak2 ada tak persamaan ...

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai shalat.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Pesanan Baginda...

"Daku tinggalkan DUA perkara. barangsiapa yang memegang dengan kukuh kedua-duanya, dia tidak akan sesat buat selamanya. ketahuilah, ia adalah AL-QUR'AN dan SUNNAH ku 

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W @ARCHPROPHETS OF ALLAH 

DIKENALI SEBAGAI The Archprophet of Allah, Rasulullah Muhammad (PBUH) @Prophet Shiloh (PBUH), 

Khatamu anbiya Rasul Allah. (PENUTUP KENABIAN) - RASUL ULUL AZMI. -Muhammad(Yang Dipuji), Ahmad(amat terpuji), Mahi (Panghapus kekafiran), Hasyir(Pengumpul seluruh manusia dan Jin) dan Aqib(Penghabisan/ penutup kenabian). Al-Hadis Nabi SAW.
-The Last Mesengger, The Paraclete (Periqlytos) The Comforter, The Last Prophet, Syiloh@Shiloh, Eudokia(Lukas 2:14), Ahmad(Haggai 2:7), Nabi Menahem=Messias(KITAB Bible) - Menahem-
-Kalki Avatar @ Krisyna-Utusan Akhir Zaman (KITAB Hindu) -Kavi dan Eelit(Yang terpuji)
-Mamaha @ Ahamiddhi- Muhammad dan Ahmad
-Narashangsah Astvishyate(Muhammad yang terpuji dan diagungkan(The Praised)- Weda)

-Antim Rishi (Final Sage)-Utusan Terakhir
-Buddha Maitreya @ Metteya @ Bodhisatwa (Buddha Gautama)
-Dalam perjanjian lama Muhammad disebut sebagai Himada yan membawa Shalom (sama dengan Muhammad yang membawa Islam).

-Yang terpuji-(Zend Avesta dan Dasatir dalam Zarathustra)
-Muhammadim (Kitab Taurat Hebrew Original)
-KITAB ALLAH : AL-QUR'AN 

wallahu 'alam

Monday 27 June 2011

Simulasi Laut Merah Terbahagi Dua ....Firaun Kufur Nikmat Allah .. Satu Perspektif Sejarah dan Kebesaran Allah SWT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZFZNj1CoYEmktWmmkHvgU9CxHhdKMMjp_ZDtshe5TQHj-hDQCNV9D1vCoVs-jj33NpZ8LXfgUuFlJejc6c4xUdHOlxCDtCABnKBUMkfcQZ78EgCW4HoL5gmwngKSL6mizzxvKAJg5RH4/s1600/1715121_f520.jpg




Setelah kita di dedahkan dengan bukti2 yang diperlihatkan tenggelamnya tentera Firaun di Lautan Merah hasil catatan dan kajian Muhd. Hazrie Ab. Wahab melalui blognya.. Ingin saya berkongsi bagaimana pula laut Merah terbahagi dua untuk memberi lorongan kepada Nabi Musa Alaihissalam yang jelas memperlihatkan mukjizat Allah SWT. kepadanya.Subhanallah...

Fenomena alam ajaib Laut Merah terbelah saat Nabi Musa lari dari buruan raja Firaun masih terus dicuba untuk dijelaskan secara sains dan logik oleh ilmuwan barat. Kisah yang tertulis dalam kitab suci itu memang secara fizik masih meninggalkan bukti kerana terdapat bentuk tanah yang berbeza setelah terbelahnya Laut Merah dan menenggelamkan Fir'aun. Tetapi, benarkah Laut Merah terbelah kerana kekuatan angin yang sangat dahsyat?

Angin dari timur yang berhembus kencang dikhabarkan membantu terbelahnya Laut Merah oleh Nabi Musa seperti yang tertulis pada kitab suci agama Samawi, kata para ilmuwan Amerika Syarikat.

Simulasi komputer memperlihatkan bagaimana angin dapat menghempaskan air laut sehingga mencapai dasar lautan dan membentuk lagun, kata kelompok peneliti di Badan Kebangsaan Penelitian Atmosfera dan Universiti Colorado di Boulder, sebagaimana kenyataan Reuters.

"Simulasi tersebut merealisasikan dengan bukti pada rombongan Nabi Musa," kata pemimpin penelitian itu, Carl Drews dari NCAR.

Menurut Carl, berdasarkan kepada fakor2 fizikal, angin dapat menghempaskan air menjadi sebuah jalur yang aman untuk dilintasi kerana sifatnya yang luas, kemudian kembali mengalir seperti semula.

Menurut tulisan dari kitab suci Kristian dan Islam, Nabi Musa, memimpin umat Israel keluar dari Mesir atas buruan tentera Firaun pada 3.000 tahun yang lalu.

Laut Merah saat itu terbelah sementara untuk membantu rombongan Nabi Musa melintasi dan seterusnya menutup kembali, menenggelamkan balatentara Firaun.

Drews dan kakitangannya meneliti tentang angin taufan yang berasal dari Samudera Pasifik menciptakan badai besar yang dapat menghempaskan air di laut dalam.

Hasilnya menunjukkan kawasan selatan Laut Mediteranian yang diduga menjadi tempat penyeberangan itu, dan memaparkan bentuk tanah yang berbeza karena terbentuk setelahnya.

Pemaparan tersebut menunjukkan bentuk tapal kuda Sungai Nil dan lagun atau teluk dangkal di sepanjang garis pantai.

Hal ini memperlihatkan angin kencang sekitar 101 kilometer per jam yang berhembus selama 12 jam, dapat menghempaskan air pada kedalaman sekitar dua meter.

"Lagun atau teluk tersebut adalah sepanjang sejauh 3-4 kilometer dan lebar sejauh lima kilometer yang terbelah selama empat jam," kata mereka di dalam Jurnal Perpustakaan Umum Ilmu Pengetahuan, PloS ONE.

"Masyarakat kini kagum atas cerita pembelahan laut itu, membayangkan bahwa hal itu terjadi secara nyata," kata Drew menambahkan bahwa penelitian ini menjelaskan tentang pembelahan laut tersebut berdasarkan  faktor fizikal.

Berikut adalah simulasi bagaimana Laut Merah terbelah oleh angin dan kejadian terbelahnya laut Merah memang fenomena alam yang aneh unik dan ajaib. Subhanallah sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui rahsianya....


:

Cahaya Hidayah - Syukran Tn. Syihabudin Ahmad

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIebtXpElmrzpPj15TyKYvlEP1QQWIMiiQPS5a24ZeJ7RQlQsdhvRoILW6U_htLi93Sh9-fhgewqDsVzLmxpO51R5wuhZ03vTiB3raZGSdph16ez_OwbK7MHgHIkV5ifsRvrETUKrvLWSi/s400/taubat_tasbih.jpg





Blog Nikmat Amal amat teruja dengan nukilan tn Syihabudin Ahmad dan begitu komprehensif kupasannya hingga terkesan di hati saya.. Sama2 kita renungkan dan hayati : 
Hidayah adalah petunjuk ke jalan yang benar. Barang siapa yang dikurniakan hidayah sehingga akhir hayatnya, mereka akan menikmati syurga yang indah dan kekal untuk selama-lamanya.
Bagi mereka yang berhajat untuk sentiasa berada dalam kurniaan hidayah, mreka perlulah:
1.       Sentiasa memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan hidayah.
2.       Sentiasa menghayati Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.
3.       Mengetahui penyebab penerimaan hidayah dan keadaan serta jalan mendapatkannya.
HIKAYAT HIDAYAH
Seorang lelaki mahu mencari sebuah pulau yang indah, aman dan sentosa. Supaya beliau dapat hidup dengan bahagia bersama insan-insan tercinta di sekelilingnya. Lalu beliau mendapatkan sebuah kapal yang teguh untuk belayar ke suatu tempat yang tidak ber alamat. Beliau memulakan perjalanan dengan membawa segala bekalan yang dirasakannya perlu. Dibawanya makanan, minuman, wang, peta, kompas dan segalanya.
Setelah belayar agak jauh dari tempat asalnya, beliau telah hilang punca dan idea. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, beliau bertanya para nelayan yang dijumpainya tika pelayaran. Terlalu ramai nelayan yang dijumpainya. Ada diantara mereka menunjukkan arah yang betul, dan tak kurang pula yang memberi arah yang menyimpang. Namun, ketuguhannya untuk mencari pulau tersebut amat kuat dan jitu. Dia teruskan perjuangan sehinggalah bekalannya habis dan tiada lagi sisa-sisa kewangan yang tinggal padanya.
Kapalnya terapung di tengah-tengah lautan. Lalu dia mula memikirkan kembali tujuan hidupnya, menghayati semula matlamat perjuangannya. Dengan itu, beliau tekad untuk berhenti mencari seorang penunjuk arah yang berkemampuan menghantarnya ke tempat tujuannya.
Beliau memandu kapalnya ke sebuah pulau berdekatan, dan berlabuh berhampiran Jeti di sebuah kampung. Kampung yang indah dan menyamankan, kanak-kanak kecil kelihatan bermain-main. Si tua sibuk membaiki pukat sambil ditemani isteri  mereka yang setia.. Penghuni kampung tersebut tidak lekang senyum dan wajah riang dengan ketibaannya. Mereka menyambutnya dengan mesra, walau tidak pernah bersua.. lalu beliau mula berfikir.. dimanakah aku?? Adakah aku telah sampai ke tempat yang aku idamkan??
  
HAKIKAT HIDAYAH
Demikianlah jua kehidupan seorang insan. Hidup dalam muka bumi ini bagi mencari jalan mendapatkan Redha Ilahi supaya ditempatkan di Syurga Firdausi. Namun, pelbagai rintangan dan dugaan perlu direntasi untuk ke sana. Bahkan, tidak semua manusia yang berharap untuk mendapatkan Firdausi berjaya memilikinya. Ianya memerlukan hidayah, keperluan asas seorang muslim. Hidayah yang menembus jantung hati, mewarnai sanubari, menenangkan setiap pandangan yang melihat.
Tanpa hidayah, perjalanan menuju ke Firdausi hanyalah angan-angan kosong, seperti rumah tidak berpenghuni. Oleh itu, keringat perlu dikerah bagi memperolehi kurniaan hidayah.
Persoalannya, bagaimanakah mahu mendapatkannya??

HIDAYAH MILIK ALLAH
Setiap perkara yang kita usahakan adalah penyebab kepada pengurniaan sesuatu hajat. Contohnya, seorang pelajar belajar besungguh-sungguh bagi menghajati keputusan yang cemerlang. Namun, kadang kala beliau berjaya mendapatkannya, dan terkadang pula tidak. Mengapa? Kerana segala keputusan (natijah) adalah milik Allah. Kita selaku manusia, hanya berusaha bersungguh-sungguh kerana ianya penyebab kepada pengurniaan daripada Allah s.w.t.
Begitu jugalah hidayah. Ianya milik mutlak Allah s.w.t. Allah berhak memberikan hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. Demikianlah apa yang Dia lakukan kepada keteguhan Abu Bakar r.a., pengislaman Umar al-Khattab r.a. ,Ketekadan Bilal r.a.  serta Keingkaran Abu Thalib dan Abu Jahal.
Allah berfirman :
Sesungguhnya, bukanlah engkau yang memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki.
[Al-Qasas:56]

PENYEBAB KURNIAAN HIDAYAH
1-      Keteguhan iman
Iman itu amat ajaib dan menakjubkan. Ramai orang mempunyai penglihatan, tetapi tidak dapat melihat cahaya kebenaran di hadapan mereka. Ramai juga yang mempunyai akal, tetapi tidak mampu berfikir dengan matang. Tetapi, sesiapa yang mempunyai iman yang teguh kepada Allah, nescaya akan dapat melihat cahaya hidayah dengan terang benderang. Lihat sahaja mukmin di Negara barat, mereka ditindas seolah peristiwa tekanan terhadap Rasulullah dan sahabat berulang kembali, tetapi keteguhan iman menjadi jalan penerus hidayah. Lihat pula orang islam di Negara Arab! Hilang arah dan hala tuju! Seolah mereka pewaris kepada Abi Lahab dan Umaiyyah bin Khalaf!
Iman penyuluh hidayah! Allah berfirman :
Sesungguhnya orang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam syurga yang penuh nikmat.
[Yunus:9]
2-      Kesungguhan
Seorang pemain gitar dari sebuah kumpulan rock terkenal di Malaysia, hidup dalam gelombang yang tidak membantu kepada terbit cahaya Islam, namun kesungguhannya mencari hidayah berjaya menolak segala kemustahilan. Walaupun di hujani pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya membuahkan hasil hidayah dalam jiwanya. Gerak langkah tekad dan pasti menjadi tarian dalam kehidupannya mencari hidayah. Alhamdulillah, kini beliau amat tenang dalam cahaya hidayah itu. Bahkan, dalam jantung hatinya bertekad untuk mengajak lebih ramai lagi rakan artis agar bersamanya. Inilah kebenaran firman Allah dalam ayat terakhir surah al-Ankabut:
Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami (Allah), Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[Al-Ankabut:69]

penghayatan

Cuba kita renungi sebaris ayat dalam Al-Quran, Allah menyebut:
Siapa yang beriman dengan Allah, dia akan diberi hidayah kepada jantung hatinya
[At-Taghabun:11]
Mengapa Allah sebutkan kalimah jantung hati? Kenapa tidak mata? Telinga? Atau panca indera yang lain?
Mata boleh melihat, tetapi ia mungkin hilang apabila ditimpa sebarang musibah. Telinga boleh mendengar , tetapi akan hilang bila tidak mampu lagi berfungsi. Tetapi, hati seperti matahari. Menerangi kesempitan pemikiran dan kegelapan kemaksiatan.
Ibnu Abbas berkata: “Ayat ini ditujukan kepada seorang hamba yang ditimpa musibah lalu diterima dengan terbuka dan redha. Dan dia mengetahui bahawa musibah ini adalah dari Allah, begitulah Allah memberi hidayah kepada hatinya.”
Tuntasnya, marilah kita mencari hidayah dan sentiasa berusaha mendapatkannya serta menggengamnya dengan teguh dan utuh. Hidayah bertambah dan berkurang [Muhammad : 17] , oleh itu.. doa sangat perlu!!
Wallahu Alam.

Sunday 26 June 2011

Iman dan Amal Soleh.. Usahalah atas Iman

http://i1129.photobucket.com/albums/m505/Anwar_Suran/Gambar%20Post/RUKUK1.jpg






Dalil – Dalil didalam Al Quran tentang Iman dan Amal Soleh yang perlu kita renungkan bersama :

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguh-nya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS: An-Nahl: 97)

“Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.” (QS Al-‘Ashr 1-3)

“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”(QS: Al-’Araaf: 96)

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS: Al-Baqarah: 62)

“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah “salaam”"(QS: Ibrahim: 23)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam surga yang penuh kenikmatan.”(QS: Yunus: 9)

“Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.“(QS: Al-Ankabut: 7)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal,(QS: Al-Anfal: 2)

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS: An-Nur: 55)

“Dan barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia),”(QS: Thaahaa: 75)

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.” (QS: Al-Hajj: 38)

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS: Al-Baqarah: 257)

“dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Qur’an itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.“ (QS: Al-Hajj: 54)

“(yaitu) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) beserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.(QS: An-Nisaa: 141)

“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.” (QS: Al-Hajj: 77-78)

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. “ (QS: Al-Baqarah: 62)

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perk.ataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara shalatnya. Mereka itulah orangorang yang akan mewarisi, (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya,” (QS. al-Mu’minun : 1-11)

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (QS. Ar-Ra’d: 28-29)

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu, barang siapa yang ingkar kepada Thagut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 256). 

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat : 10). 

“Orang-orang Arab Badui itu berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (kepada mereka): “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: “Kami telah tunduk”, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.” (Al-Hujurat : 14).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. Katakanlah (kepada mereka): “Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), padahal Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar”.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang gaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Hujurat : 15-18).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. “(Al-Bayyinah : 7). 

“Dan barangsiapa yang menta’ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni’mat oleh Allah, yaitu : Nabi-nabi, para shiddiiqiin, syuhadaa’, dan orang-orang shalih. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. “(QS An-Nisaa’ 69)

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (QS Muhammad : 15)

masih banyak lagi dalil-dalil didalam Alquran dan Hadist tentang Iman dan Amal Soleh dan yang lebih penting lagi adalah Usaha atas Iman…..

Wallahu'Alam

 zakieusof

Saturday 25 June 2011

Satu Renungan Buat Diri


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYPeH2zPiUaJpXsEXPoEa7r7MT2xnmIjAOPyIKzQRfSjtvehCqg_RnZA-s9yApW2hXFedxAUlacmI5lgAeA79vgX3JXNXAZ6zzAAG-KvAgL47Mf4GPiU3w9AjrRW1keAcXdtU9bwwMZ8A/s1600/merenung.jpg


Renungan dan Nasihat kepada ku oleh Ustaz Zahazan


Menurut Ibn Qayyim dlm kitab Zad al-Ma'ad, musibah yang berlaku boleh diringankan dgn cara2 di bawah :

1. Mengikut petunjuk Allah dan mengikhlaskan ibadah nya kepadaNya aeparti solat, membaca quran dan terjemahan / tafsiran, berpuasa dan lain-lain ibadah khusuk

2. Mencari ilmu yang syar'iy. Jika membaca di internet sahaja tidak memadai. Mesti mendampingi para asatizah yang dapat membimbing.

3. Bertaubat dari dosa2, mempersembahkan diri dengan sebenar2nya kpd Allah.

4. Mengamalkan zikir secara berterusan dalam semua keadaan kerana zikir ini mempunyai kesan yang sangat menakjubkan, menghilangkn kedukaan dan perasaan bimbang.

5. Berbuat baik kpd semua makhluk, berbuat baik menyebabkan dada kita lapang. Dengar cd Petua menjadi insan paling ceria oleh Dato Dr Mohd Fadzila Kamsah

6. Melakukan mujahadah untuk mengikis sifat2 negatif

7. Jangan berlebihan dlm sesuatu urusan seperti memandang, berbicara, mendengar makan dan bergaul. Dengannya akan menyebabkan seseorg menikmati hati yang lapang serta jauh dari perasaan sempit dada.

8. Menyibukkan diri dgn kegiatan ilmu dan aktiviti2 yang bermanfaat.

9. Memikirkan tentang pencapaian hari ini tanpa menyusahkan diri dgn peristiwa2 sedih yg belaku pada masa lampau atau kebimbangan2 akan datang.

10. Melihat orang2 yang kurang bernasib baik dlm hal2 kewangan dan kesihatan serta rezki.

11. Melihat ujian secara objektif bagaimana untuk menyelesaikannya.

12. Kuatkan semangat agar tidak dikuasai oleh angan2 dan khayalan yang timbul dari pemikiran2 buruk.

13. Menyerahkan setiap urusan kpd Allah, berbaik sangka dalam ketetapan qadha` dan qadarNya

14. Orang yang berakal tahu bahawa kehidupan org yang beriman sebenarnya terletak pada kebahagian dan ketenangan. Kehidupan itu bersifat sebentar, maka tentulah amat merugikan jika ia dipenuhi dengan perasaan sedih.

15. Apabila ditimpa kesusahan, hendaklah dia memikirkan tentang kenikmatan yang telah dinikmatinya selama ini. Pada waktu itu dia akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang di perolehi selama ini. Dengan itu dia akan lebih tabah menghadapi kesusahnnya.

16. Kalau seseorg menyakitinya dengan sesuatu cara, hendaklah dia meyakini bahawa kejahatannya itu tidak akan memudharatkannya sama sekali melainkan dgn izin Allah. Kemudharatan itu hanya akan memudharatkan yang empunya dirinya sahaja.

17. Hendaklah mengharapkan balasan daripada Allah dalam segala gerak kerja yang dilakukan, bukannya mengharap daripada manusia kerana jika mengharap dari manusia semata2 kita akan rasa tak dihargaai.

18. Memikirkan tentang perkara2 yg memberi manfaat, dan berusaha merealisasikannya bukan terlalu banyak berfikir secara negative yang boleh mengekang dari berjaya.

19. Memberi sepenuh concentration pada apa yang sedang dilakukan sehingga membuahkan hasil yang paling maksimum.

20. Hendaklah menghargai nikmat persaudaraan, perkahwinan dan persahabatan. Janganlah dicari2 kelemahan pihak yang lain, nanti kita akan kecewa. Jangan terlalu perfectionist. Jangan sibuk menghitung aib orang lain. Lihat secara objektif dan bincangkan dengan hikmat agar terbit penyelesaian yang mendatangkan keharmonian dlm keluarga.

21. Banyakkan berdoa supaya dikurniakan kebaikan dlm segala urusan dunia.

22. Berjihad pada jalan Allah seperti bersedekah, berdakwah dalam apa bentuk sekali pun termasuk dalam era teknologi maklumat, berjihad menentang nafsu dan sebagainya..

syukran ustadz 

Friday 24 June 2011

Kehebatan Surah Al - Mulk



Kelebihan dan Kehebatan  Surah Al Mulk - Tabarakal Lazi..

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/thumb/4/4e/Al-Mulk.png/220px-Al-Mulk.png 




 

Bersyukur kepada yang Maha Esa atas limpah dan kurnia serta rahmat yang tidak putus2 kepada makhluk Allah SWT di muka bumi ini .. Berpesan2 ke arah kebaikan adalah fokus utama blok nikmat amal.. sebagai panduan diri ini dan sahabat2 se Muslim ..

AL-QURAN adalah kalam Allah yang bermukjizat dan zikir terbaik untuk diamalkan kerana ia adalah cahaya, petunjuk serta pedoman mutlak dalam memandu kehidupan seluruh umat manusia.

Daripada 6,236 ayat di dalam 114 surah yang termaktub dalam kitab suci yang dijamin penjagaannya oleh Allah s.w.t. sehingga hari kiamat, terdapat beberapa surah pilihan yang sering menjadi amalan zikir umat Islam kini.

Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin.

Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

Surah ini juga agak pendek (30 ayat) tetapi padat dengan peringatan, iktibar dan nasihat melibatkan akidah. Maka ia lebih mudah dihafal untuk difahami dan dijadikan pedoman hidup.

Malah Al-Mulk yang dijadikan zikir ini, jika dihayati dan difahami sebaik-baiknya ia adalah penyelamat akidah Mukmin dalam mengamalkan kehidupan harian yang penuh pancaroba sekarang.

Daripada surah ini kita dapat mengetahui dan memahami akan penegasan dan bukti-bukti tentang kekuasaan Allah s.w.t. yang mutlak ke atas setiap makhluknya.

Kuasa menghidup dan mematikan adalah hak mutlak-Nya. Penciptaan langit dan bumi untuk menafaat manusia ada ganjaran dan balasan di dunia dan di akhirat.

Malah pelbagai amaran, peringatan dan petanda turut diberikan pada manusia supaya membuat pilihan yang betul dan tepat semasa di dunia.

Kita juga diingatkan bahawa tidak ada makhluk yang dapat menyelamatkan diri daripada hukuman dan ketentuan Allah s.w.t..

Setiap kekufuran, kekafiran dan helah dalam menolak seruan Rasul tidak akan terlepas dari azab seksaan-Nya. 

 .. Surah Al Mulk adalah sebaiknya dihafalkan dan dibaca setiap hari selepas solat isyak .. banyak fadhilatnya ..hayati sirah Rasullullah ..

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

bertekad lah untuk menghafal 30 ayat surah Al Mulk.. sahabat2 akan dapat merasai ketenangan dalam kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran masakini..
Wallahu-'Alam

zakieusof

Satu Renungan - Surah An - Naba

Renungan Dalam Surah an-Naba’

 http://img.tebyan.net/big/1389/11/21119438429223415612717317721822751992574.jpg





Ketika dakwah


Nabi Muhammad s.a.w. baru bermula, Allah SWT mendedahkan rahsia kehidupan sebenar yang telah disediakan untuk manusia. Kehidupan abadi selepas mati.

Sebelumnya manusia hidup merebut kenikmatan dunia dengan apa saja cara yang mereka suka tanpa ada batasan. Yang kaya dan berkuasa dipandang mulia. Orang yang miskin dan lemah menjadi hamba dan hidup kehinaan.

Pembunuhan kejam, penghinaan kepada bani insan adalah lumrah hidup manusia yang berkuasa. Memendam dendam, kebencian, kebengisan dan menunggu peluang membalas dendam adalah budaya semua manusia yang teraniaya.

Neraca pertimbangan mereka hanya terbatas kepada kehidupan dunia yang terlalu singkat, semasa usia masih muda dan bertenaga dan akan hilang lenyap apabila usia menjamah tua. Dalam sempadan masa yang sempit itu mereka bergelut, berebut menggunakan apa saja cara tanpa batasan.

Kejahilan manusia terhadap hakikat Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah dan kejahilan terhadap hakikat kehidupan sebenar menjadikan tamaddun manusia hancur. Mereka hidup dalam suasana penuh kebencian, sentiasa menaruh syak dan sangkan yang buruk antara satu sama lain. Hidup dengan penuh perasaan berdendam dan mereka akan berperang dengan sebab yang terlalu remeh. Pedang dan pemerintah kukubesi sahaja yang boleh mendisiplinkan mereka.

Kehidupan sebenar yang diciptakan oleh Allah Pencipta segala kewujudan adalah kehidupan abadi yang telah ditentukan waktunya.

Malangnya kekufuran yang menutup hati golongan kafir telah menghalang mereka daripada mempercayai perkhabaran Nabi s.a.w. mengenai hakikat kehidupan ini. Mereka lebih memilih kehidupan dunia yang penuh dengan tipu-helah ini, penuh dengan kesusahan hidup, penat dan lelah.

Berita mengenai hari kemusnahan dunia, hari dunia ini ditukarkan menjadi dunia baru yang abadi, hari manusia dibangkitkan semula selepas mati, hari manusia dikumpulkan di padang Mahsyar, hari semua amalan manusia di dunia fana ini dihitung dan semua perlakuan manusia ditimbang dan di mahkamahkan, hari manusia ditentukan kesudahannya sama ada ke syurga dengan penuh kenikmatan atau ke neraka dengan penuh keperitan segala-galanya ini dianggap oleh mereka bagai omongan kosong yang tidak ada nilai kebenaran sedikitpun.

Sebenarnya bukan mereka meragui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. tetapi sikap takabbur yang ada di dalam dada mereka telah menjadikan mereka menentang Islam.

Kisah-kisah benar yang bakal menemui setiap manusia ini dipersoalkan oleh golongan kafir Quraisy sebagai olok-olokan. Malah tidak sedikitpun timbul rasa bimbang dan gerun di dalam jiwa mereka.

Sungguh amat menghairankan terhadap sikap tolol dan dungu mereka yang tidak sedikitpun mengindahkan amaran Allah S.W.T sehinga Allah menempelak mereka .

Soalan Kehairanan.
 
Maksudnya: ”Tentang apakah yang mereka bertanya-tanya itu.”

Soalan ini hanyalah untuk menyatakan kehairanan terhadap kesombongan golongan kafir. Kerana mahasuci Allah daripada kejahilan. Soalan ini sepatutnya menyedarkan orang-orang kafir bahawa Allah maha Mendengar setiap apa yang mereka perkatakan. Tidak sepatutnya manusia boleh mempersoalkan kemampuan Allah mengadakan hari kiamat dan hari pembalasan lebih-lebih lagi golongan kafir Quraisy bukannya golongan athies yang tidak percaya kepada Rububiyyah Allah.

”Tentang peristiwa besar yang bakal berlaku itukah? Yang mereka tidak mempercayainya?”

Allah menyifatkan hari kiamat sebagai `al-naba’ al-`azim’. Berita tentang peristiwa besar yang akan berlaku. Perkataan `Nabi’ adalah kata nama pembuat (isim fa`il) iaitu orang yang membawa berita tentang peristiwa besar yang akan berlaku.

An-naba' al-'azim ialah: Hari-hari terakhir dunia, hari kebangkitan semula manusia daripada tanah, hari manusia dihimpunkan di sebuah padang luas berbumbungkan langit dengan matahari terik di atas ubun-ubun, hari semua amalan manusia akan diaudit dan ditimbang, hari ditayangkan semua bukti-bukti kesalahan dan kebaikan mereka di dunia dihadapan semua manusia dan hari manusia diadili di mana manusia yang dizalimi semasa hidup di dunia diberi hak menuntut hak-hak mereka daripada orang yang menzalimi mereka.

Apakah mereka tidak mahu mepercayai kebenaran peristiwa besar ini? Apakah mereka meragui kekuasaan Allah Azza wa Jalla untuk mengadakannya?

”Janganlah mereka bersikap begitu, kerana kelak mereka pasti akan mengetahuinya. Sekali lagi janganlah mereka bersikap begitu, kerana kelak mereka pasti akan mengetahuinya.”

Allah yang maha Pengasih sekali lagi mengugut mereka supaya mereka sedar dan beriman sebelum terlambat. Janji Allah ini bukanlah janji-janji kosong yang selalu diucapkan oleh manusia yang ingin melunakkan hati orang-orang bawahan mereka. Segala yang dikhabarkan Allah pasti akan berlaku !.

Sememangnya orang-orang Quraisy tidak patut bersikap demikian rupa dan menentang ajaran nabi Muhammad s.a.w.

Begitulah Allah yang Maha Penyayang menyedarkan manusia kafir agar kembali kepada kebenaran dan mentarbiyah orang-orang yang beriman agar mereka merasai muroqobatullah terhadap perjalanan hidup dan dakwah mereka. Agar orang-orang beriman merasai betapa Allah mendengar dan melihat apa yang dilakukan oleh golongan Quraisy yang menentang mereka. Melalui kritikan Allah ini akan bertambahlah keyakinan orang-orang yang beriman bahawa Allah sentiasa mengawasi setiap gerak-geri manusia seluruhnya.

Setelah Allah menempelak keengkaran golongan kafir Quraisy Allah SWT menyatakan hakikat Rububiyyahnya, kekuasaan dan Rahmatnya kepada sekelian makhluk, supaya manusia sedar, insaf dan kembali kepada kebenaran. Betapa Allah yang berkuasa menciptakan segala-gala ini mampu untuk menciptakan kehidupan selepas mati, kehidupan sebenar yang abadi.

Surah ini tidak dikhususkan kepada kafir Quraisy sahaja malah untuk semua manusia yang meragui hari akhirat maupun yang beriman.

Bukti Kekuasaan Allah

Allah berfirman yang bermaksud:
” Bukankah kami telah menjadikan bumi mudah untuk kehidupan, dan gunung-ganang menjadi pasak, dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan, dan kami jadikan tidur kamu sebagai kerehatan, kami jadikan malam bagaikan pakaian yang menutupi, dan kami jadikan siang untuk mencari kehidupan dan kami binakan di atas kamu tujuh lapisan langit yang kukuh, dan kami jadikan untuk kamu pancaran matahari yang terang benderang, dan kami turunkan daripada awan air hujan yang mencurah-curah supaya kami keluarkan kepada kamu biji-bijian, tumbuh-tumbuhan dan taman-taman yang subur”

Allah menciptakan bumi menjadi sebuah planet yang sesuai dan mudah untuk kehidupan. Bumi menerima cahaya matahari yang bersilih ganti siang dan malam menjadikan suhunya stabil. Tanahnya subur yang ditumbuhkan dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Segala-gala yang diperlukan oleh manusia untuk menikmati kehidupan diciptakan Allah dan disediakan untuk manusia. Betambahnya ilmu pengetahuan manusia terhadap rahsia ciptaan Allah Azza wa Jalla bertambahlah kesenangan dan kemakmuran yang boleh di berikan kepada umat manusia yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini.

Gunung-ganang yang dibentuk daripada batu-batan yang kukuh menjadi pasak bumi, menstabilkannya ketika menghadapi ribut-taufan, hujan lebat dan banjir besar. Bumi yang bergunung-ganang dengan pelbagai spesis tumbuhan pelbagai warna menjadikannya terlalu indah, tenang dan damai apatah lagi apabila mengalir dicelah-celahnya sungai, jeram dan air terjun yang tinggi.

Segala-gala ciptaan Allah diciptakan berpasang-pasang sebagai satu sistem bagi menjana kehidupan ini dan kesinambungannya. Penciptaan siang dan malam, sejuk dan panas, cas-cas positif dan negatif, jantan dan betina, lelaki dan perempuan, baik dan jahat segala-galanya memainkan peranan yang telah ditentukan Allah dalam sistem ciptaannya untuk kesenangan kehidupan di dunia ini.

Tidur adalah antara nikmat ciptaan Allah kepada manusia. Tidur yang nyenyak di malam gelap tenang, sunyi dan suhu yang dingin memberikan kerehatan kepada otak dan badan manuisa. Dengan tidur manusia dapat mengembalikan kesegaran tenaganya. Kepenatan memerah otak dan tenaga untuk bekerja di siang hari akan pulih hanya dengan tidur nyenyak.

Allah jadikan siang hari mata manusia terjaga, tenaga manusia bersedia untuk berusaha dan bekerja mencari keperluan kehidupan yang telah disediakan Allah untuk mereka.

Allah jadikan di atas manusia tujuh lapisan langit yang mempunyai peranan masing-masing yang Allah mengetahui rahsianya. Ada yang diceritakan Allah Azza Wa jalla peranannya dan ada yang masih memerlukan pengkajian dan penerokaan manusia untuk menyingkap rahsia ciptaan Allah yang Agung ini. Matahari, bulan dan bintang-bintang dialangit telah diceritakan Allah akan peranannya antaranya sebagi sumber cahaya, haba dan pelbagai sinar. Bagi menghitung bilangan saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun dan bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat.

Pelbagai sinaran cahaya yang terbit taripada matahari mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan di dunia ini selain daripada menerangi alam ia menjadi sumber tenaga kepada manusia.

Angin, awan dan air hujan antara makhluk ciptaan Allah yang amat diperlukan oleh kehidupan ini sebagai sebahagian daipada keperluan kehidupan dan penstabilan kehidupan di dunia ini.

Dengan hujan yang mencurah-curah dibumi menjadikan bumi lembab dan subur berlaku pelbagai proses kimia dan persenyawaan benih tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan mukabumi.

Bumi yang subur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna-warni, pelbagai haruman yang mengasyikkan, pelbagai bijian dan buah-buahan yang berbagai rasanya merupakan tanda kebesaran Allah dan Nikmat Kurniaannya yang tidak terhitung oleh manusia.

Ayat-ayat al-Quran yang ringkas ini cukup membuktikan keEsaan Allah, Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kemampuan Allah untuk melakukan apa sahaja yang di Kehendakinya.


Hari Perhitungan

Allah S.W.T yang menciptakan alam maya yang begitu hebat ini juga mampu untuk memusnahkannya dan menciptakan alam baru untuk kehidupan manusia yang baru.

”Sesungguhnya hari perhitungan itu telah ditentukan waktunya. Pada hari itu akan ditiup serunai sengkakala dan kamu akan datang berbondong-bondong. Akan dibukakan langit menjadi berpintu-pintu dan gunung-ganang diterbangkan dan hilang menjadi seumpama sinar fatamorgana”.

Hari itu manusia dibangunkan semula daripada tanah adalah hari yang telah ditentukan oleh Allah. Setelah malaikat yang ditugaskan untuk meniup sangkakala meniupnya buat kali kedua, manusia akan keluar daripada tanah dan mereka berduyun-duyun mengikut nabi-nabi mereka menuju padang mahsyar. Langit akan dibuka menjadi berpintu-pintu dan malaikat turun melaluinya ke padang Mahsyar. Bumi yang dahulunya dipenuhi gunung-ganang kini sudah hilang menjadikan bumi terhampar luas sebagai padang mahsyar.
Balasan kepada Thaghut.

”Sesungguhnya Neraka Jahannam telah disedialan untuk golongan thaghin yang akan menghuni neraka, mereka akan tinggal di dalamnya beberapa tahun lamanya, mereka tidak akan menikmati kedinginan dan tidak juga minuman, melainkan daripada air leburan panas dan danur, sebagai balasan yang setimpal terhadap dosa yang mereka lakukan. Mereka semasa di dunia tidak pernah menyangka amalan mereka akan dihitung dan mereka tidak pernah percaya kepada bukti-bukti kebenaran Allah. Pada hari ini semua amalan mereka dihitung dan tertulis..Maka rasakan balasan azab dan Kami tidak akan menambahkan kepada mereka melainkan keperitan azab”.

Inilah ancaman Allah kepada golongan kuffar, dzalim dan mereka yang mati dalam kefasikan thaghut. Perkhabaran benar ini merupakan hujjah Allah kepada manusia, bahawa apa yang bakal mereka temui di dalam kehidupan abadi nanti bukan suatu perkara rahsia yang tidak pernah disampaikan Allah SWT kepada manusia.

Perkataan ”Mirshada” menceritakan keadaan Neraka Jahannam. Perkataan ini mempunyai dua maksud iaitu ”disediakan” iaitu kepada golongan thaghut. Maksud kedua ialah ”mengintai-intai” golongan thaghut. ( Syed Qutub).

Untuk maksud yang kedua Allah menggambarkan seolah-olah neraka juga memiliki perasaan marah, geram dan tidak sabar-sabar untuk memamah golongan yang telah tersenarai sebagai ahli-ahli neraka dikalangan manusia yang tergolong di dalam golongan thaghut semasa hidup di dunia.

”Thaghin” adalah kata nama plural kepada pembuat ( orang-orang yang melampaui batas) . Ia adalah terbitan daripada perkataan ”thagha” yang bermaksud melanggar batas-batas Syarak.

Batasan Syarak.


Batas-batas Syarak termasuklah batas-batas aqidah, ibadah, muamalat, munakahat, jinayat, dan siyasah.


Batas-batas aqidah adalah aspek-aspek keimanan kepada Allah dan seluruh perkara yang wajib di imani. Melanggar batas-batas aqidah menjadikan seseorang itu termasuk di dalam golongan zalim, kafir, munafiq dan syirik.


Golongan ini sudah pasti menjadi ahli neraka dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya.

Batas-batas hukum ibadah adalah melaksanakan semua kefarduan syarak dalam hubungan dengan Allah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Meninggalkannya dengan sengaja sedangkan mereka berkemampuan melaksanakannya bermakna mereka telah fasik atau ingkar kepada perintah-perintah Allah dan termasuk kedalam golongan ”thaghin”.


Melanggar batas-batas hukum muamalat yang menjadi kewaiban syarak dan melakukan perkara yang diharamkan.
Batas-batas hukum muamalat sesama manusia ialah akad-akad perjanjian muamalat yang dilakukan sesama manusia dan hukum-hukum Syarak yang wajib di patuhi di dalam urusan mu`amalat kewangan termasuk perkara yang berkaitan dengan hak-hak dan tanggungjawab sosial yang telah ditentukan oleh Syarak mengenainya.
Hukum-hukum muamalat seperti hukum yang berkaitan dengan urusan jual beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, upah-mengupah, hutang-piutang. Menjalankan urusan muamalat yang di haramkan seperti mengamalkan riba, menjual arak, berjudi dan menjual perkara-perkara haram.
Begitu juga melanggar batas-batas perhubungan antara lelaki dan wanita. Asalnya wanita diwajibkan berada dirumah dan sekiranya wanita terpaksa keluar rumah kerana melakukan urusa-urusan yang di izinkan syarak mereka diharamkan bertabarruj iaitu keluar dengan mendedahkan aurat dan memakai pakaian yang menjolok mata lelaki.
Kaum wanita dan lelaki diwajibkan menundukkan pandangan mata daripada melihat kaum satu lagi yang membuka panahan Iblis kehati mereka. Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah diharamkan kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan syarak.
Sebaliknya sengaja berhubung dengan tujuan berseronok, bersuka-ria dan menikmati kenikmatan nafsu mata, telinga dan deria sentuhan kulit adalah termasuk di dalam larangan menghampiri zina.

Larangan ini hanyalah terangkat dengan akad pernikahan yang sah antara lelaki dan wanita melalui walinya.

Apabila pasangan lelaki dan wanita mendirikan rumahtangga mereka wajib memelihara batas-batas Syarak yang berkaitan hubungan suami isteri dan kewajiban melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan sebagai seorang suami dan bapa dan seorang isteri dan ibu.

Tugas seorang suami selain mencari nafkah untuk keluarganya beliau juga wajib mendidik isteri dan anak-anaknya agar mentaati Allah dan RasulNya. Tugas isteri selain mentaati suaminya beliau wajib membantu suami di dalam menguruskan rumahtanga dan membantu suami dala mendidik anak-anak agar menjadi seorang muslim yang bertakwa.

Mengabaikan tanggungjawab Syarak dan melanggar hukum-hukum berkaitan perhubungan lelaki dan perempuan dan kekeluargaan ini juga termasuk di dalam golongan fasik dan ”thaghin”.

Begitu juga batas-batas Syarak dalam urusan Siyasah sebuah pemerintahan seperti kewajiban memilih pemimpin yang bertakwa dan terbaik, kewajiban menasihati dan mentaati pemerintah. Kewajiban menegakkan maqasid Syarak di dalam menegak dan memelihara agama Islam dalam kehidupan seluruhnya, memelihara akal rakyat jelata, memelihara harta-benda, nyawa, memelihara kesucian keturunan manusia dan kehormatan diri mereka.

Termasuk di dalam kewajiban Siyasah ialah menguruskan urusan kewangan secara adil berasaskan dasar-dasar kewangan Islam, menguruskan urusan pentadbiran berkaitan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak . Termasuk juga dalam tanggunjawab siyasah syariyyah melaksanakan hukum-hukum Syarak berkaitan hudud, qisas dan taazir.

Oleh itu golongan `thaghin’ ini bukan sahaja golongan kafir sahaja tetapi termasuk juga golongan yang beriman yang engkar daripada melaksakan hukum-hukum dan tanggunjawab yang telah difardukan Syarak kepada mereka.


Tempoh Orang Fasik Tinggal di dalam Neraka


”Ahqaba”.

Ia adalah kata plural kepada perkatan `Haqaba” iaitu satu tempoh masa tertentu. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan tempoh tersebut.


Antaranya terdapat riwayat daripada Sufyan al-Thauri daripada Ammar al-Duhni daripada Salim bin Abi al-Ja’di berkata : Kata Ali bi Abi Thalib r.a. tentang bulan hijrah apakah yang kamu tahu tentang al-Haqab dalam kitab Allah? Katanya kami dapati ia adalah 80 tahun, setiap tahun 12 bulan, setiap bulan 30 hari dan setiap hari menyamai 1000 tahun.


Berdasarkan riwayat ini ada ulamak mengatakan mereka akan dihumbankan kedalam neraka selama 700 haqab.


Diriwayatkan daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar daripada nabi s.a.w. “ Demi Allah seseorang itu tidak akan dikeluarkan daripada neraka sehingga tingal di dalamnya beberapa ahqab. Sabdanya lagi satu haqab bersamaan lebih kurang 80 tahun, satu tahun 360 hari dan satu hari bersamaan hitungan kamu 1000 tahun.


Ada pendapat yang mengatakan ayat ini dimansukhkan dengan ayat yang mengatakan:

” Maka rasakanlah azab dan kami tidak akan tambahkan kepada mereka melainkan azab”.

Dan ayat: ” melainkan dengan kehendak tuhanmu”


Namun sudah cukup untuk menggerunkan orang yag beriman dan sudah pasti mereka tidak sanggup disiksa walaupun seminit.


”Hamima” adalah air yang teramat panas dan ”Ghassaq” adalah lendir, lendir dan nanah-nanah manusia yang di azab di dalam neraka.

Balasan Golongan Muttaqin

Sebaliknya golongan yang bertaqwa bagi mereka kehidupan yang berbeza.

” Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertakwa dikurniakan kepada mereka perlepasan daripada azab dan dimasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh dengan taman-taman dan kebun-kebun anggur.”.

Muttaqin adalah orang-orang yang bertakwa.

Sifat muttaqin tersimpul di dalamnya ciri-ciri orang yang beriman, ciri-ciri seorang Islam dan ciri-ciri seorang yang Ehsan.

Serendah-rendah darjat mereka ialah orang yang melaksankan semua kewajiban, meninggalkan semua larangan dan carahidup mereka tidak menyusahkan makhluk lain dan terselamat daripada termasuk di dalam golongan thaghin.

Golongan ini sahaja yang akan terlepas daripada terjebak ke dalam neraka melainkan mereka yang mendapat keampunan Allah Azza wa Jalla.

Melahirkan identiti muttaqin adalah matlamat siyasah Islam dan Syariatnya.

Orang-orang yang beriman bukan sahaja diwajibkan beriman malah mereka wajib mempertahankan keimanan mereka dan keislaman mereka . Mereka juga wajib berusaha menyampaikan risalah Islam, mengajak golongan yang belum Islam untuk menganuti aqidah Islam dan mendidik mereka agar mencapai darjat muttaqin. Inilah tanggunjawab dan amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah Allah dan hambanya. Hanya golongan muttaqin yang akan berjaya melaksanakan misi ini.

Maka bagi golongan muttaqin yang mengharungi kehidupan dunia fana dengan penuh kesabaran dan kesyukuran mereka mendapat balasan yang setimpal dengan kejayaan mereka.

Antara kurniaan Allah kepada mereka adalah pelepasan daripada Azab bermula dengan azab kubur, azab berlakunya hari kemusnahan dunia, azab di padang mahsyar dan azab neraka.

Nikmat Bidadari.

Antara nikmat syurga yang disebut di dalam surah an Naba’ ini ialah:

” Dikurniakan kepada mereka gadis-gadis sunti sebaya sebagai isteri dan gelas-gelas minuman yang terhidang, aman damai dan tidak kedengaran di sana suara-suara sumbang dan pendustaan, sebagai balasan daripada Tuhanmu sebagai satu pemberian yang menepati perhitungan”

”Kawa`iba atraba”.

Kawaib adalah bidadari-bidadari daripada kalangan gadis perawan yang puting susunya masih tenggelam kerana mereka adalah gadis yang belum pernah disentuh oleh jin mahupun manusia.

Atraba yang sebaya umurnya 33 tahun, yang berakhlak mulia, berkasih sayang, tiada perasaan hasad dengki sesama mereka, bermesra dan bermain-main bersama-sama dan diwujudkan di dalam jiwa mereka perasaan cinta dan rindu hanyalah kepada suami mereka sahaja.

Termasuk dikalangan bidadari ini adalah wanita-wanita dunia malah kemulian dan kecantikan mereka melebihi bidadari syurga bagaikan zahir kaki dibandingkan dengan tapaknya.

Manakala wanita yang berkahwin lebih daripada seorang semasa di dunia akan dikurniakan kepada suami yang terlebih baik akhlaknya.

Hari Pengadilan

” Tuhan langit dan bumi dan segala isi diantara kedua-duanya yang Maha Pengasih dan pada hari itu tiada siapa yang boleh berkata-kata. Pada hari itu malaikat Jibril dan sekelian malaikat akan berdiri tegak tersusun berbaris-baris. Tidak ada sesiapapun yang akan bercakap melainkan mereka yang diberi keizinan oleh al-Rahman untuk bercakap dan dia hanya akan bercakap benar”

Pada hari pengadilan di padang Mahsyar para malaikat berdiri tersusun berbaris-baris. Semua manusia dan malaikat berdiri dan diam. Suasana sunyi dan sepi masing-masing mansia hanya menunggu nasib diri mereka sendiri.

Tidak ada sesiapapun dibenarkan bercakap di majlis mahkamah Allah itu melainkan mereka yang diizinkan untuk berkata-kata. Ketika dia bercakap dia akan bercakap benar.
  
Hari Kiamat Terlalu Hampir.


”Hari itu adalah suatu yang benar. Sesiapa yang mahu maka kembalilah bertaubat kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami memperingatkan kamu terhadap azab yang terlalu hampir. Pada hari itu manusia akan melihat segala apa yang mereka pernah lakukan dan orang-orang kafir akan menyesal dan berkata alangkah baiknya kalau aku hanyalah seketul tanah..”


Bandingan hidup di dunia dengan hidup di akhirat hanyalah terlalu sedikit. Sehari di akhirat menyamai 1000 tahun mengikut kiraan masa di dunia ini. Tempoh kehidupan seseorang di dunia amat singkat dan tidak sampai seratus tahun. Maka tempohnya untuk menempuh alam akhirat amatlah dekat.


Oleh itu bersegeralah bertaubat daripada sikap seorang thagha kepada bersikap dengan sikap orang yang bertakwa kerana tidak guna lagi penyesalan di hari akhirat apabila semua amalan manusia dipamerkan didepan manusia seluruhnya.


Wallahua’lam. 

zakieusof