There was an error in this gadget

Monday, 20 June 2011

Fadhilat Beristighfar : Zikir dan Selawat


Syukur  ke hadrat Allah SWT dan Alhamdulillah ketemu kita sekali lagi dalam bicara nikmat amal.... berpesan2 lah ke arah kebaikan dan insya Allah ianya sebagai wacana salah satu dari proses dakwah di mana kita amat khuatir dan akan umat islam masakini yang mana arus modenisasi banyak mempengaruhi akhlak umat islam

 Fadhilat Beristighfar : Zikir dan Selawat...
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. 

Adalah diingatkan untuk mencapainya, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. 

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita 

"Fadilat Selawat - untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. Fadilat zikir

1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

3 Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.

4 Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.

5 Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.

6 Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.

7. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.

8. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

9. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.

10. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.

11. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.

12. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

13.Fadilat selawat Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.

14. Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.

15. Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.

16. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.

17. Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.

18. Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.

19. Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.

20. Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.

 Bertekadlah ...

wallahu''alam.

1 comment:

  1. assalamualikum...
    minta izin untuk copy ilmu ini ya..t/kasih

    ReplyDelete