Friday 11 November 2011

Alhamdulillah ..Bersyukur Atas Segalanya..



Bersyukur adalah sifat mahmudah yang dimiliki oleh orang mukmin. Sungguh banyak nikmat dan rezeki yang kita perolehi daripada Allah S.W.T. samaada kita sedari atau pun tidak.
Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).
Syukur sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan, tetapi tidak mudah untuk dilakukan seperti mana amalan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila tanda kita bersyukur dengan memuji  kebesaran Allah S.W.T. kerana sedar atau tidak hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah S.W.T.
Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : “Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah an-Nahl ayat 18)
Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).
Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.
Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang. Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa bersalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.
Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.
Syukur dapat diertikan bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah S.W.T. sebagai pemberian daripada-Nya.
Jika kita terima pemberian atau bantuan daripada sahabat kita, ketika kita berhajat kepada bantuan, maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. yang membuka pintu hati sahabat kita untuk menyampaikan bantuan tersebut dan berterima kasihlah kepadanya kerana betapa mulia dan baik hatinya yang sanggup berkorban. Iringilah doa kepada Allah S.W.T. supaya sahabat kita itu sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Kerana salah satu doa yang dimakbulkan Allah S.W.T. adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang berjauhan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.
Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud : “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya.” – (Surah an-Nahl ayat 144)
Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.
Oleh itu marilah kita jadikan sifat syukur ini amalan hidup kita setiap hari, basahkan lidah kita dengan memuji kebesaran Allah dengan perbanyakkan menyebut “Alhamdulillah” (Segala puji bagi Allah) kerana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sentiasa memuji Allah S.W.T. , firman-Nya yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: ‘Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.(Surah an-Naml ayat 15)
Kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, syukurilah apa yang kita miliki, syukurilah apa sahaja rezeki daripada Allah S.W.T. samaada sikit atau banyak. Mensyukuri apa yang kita perolehi walaupun hanya sedikit akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai insan yang pandai bersyukur. .. amin..hayati dan istiqamah 
Alhamdulillah
zakieusof - syukran kepada pembaca2 blog

Friday 4 November 2011

Salam Aidil Adha 1432H

adha2.jpg









PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, 

Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hanya dengan bertakwa seseorang itu dapat memelihara dirinya daripada perbuatan lalai dan sia-sia serta melahirkan budi pekerti yang mulia. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang taat hingga keakhir usia. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan dua hari yang dianggap memberi makna dan penting bagi kita iaitu sambutan hari raya Aidil Adha 2011. Insaya' Allah hari raya akan kita sambut pada 6 November 2011. 

Pada masa ini umat Islam dari seluruh dunia sedang berhimpunan di padang Arafah, untuk melaksanakan kerja utama dalam ibadah haji. Bagi kita yang tidak pergi menunaikan haj adalah digalakkan supaya kita berpuasa sunat pada 9 zulhijjah sempena hari wukuf dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah sempena menyambutAidil Adha. . 

Ssebagaimana yang kita sedia maklum, ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke lima bagi Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat untuk mengerjakan haji, diwajibkan mengerjakan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-nya : 


Maksudnya : " Seseungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ( beribadah kepada Tuhannya ) ialah baitul Allah di Makkah yang barakah dan ( dijadikan ) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya diantaranya ialah) makam nabi Ibrahim. dan sesiapa yang masuk kedalamnya aman tenteranlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi baitul Allah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya. dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadah haji itu ) maka sesungguhnya Allah Maha kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun ) dari sekelian mahkluk ". 

( Surah ِ Ali – Imran : 96 -97 )


PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. : 

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".

( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ". 
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah ) 

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri. 

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah : 

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim. 

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, 

Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ". 
( Surah Ibrahim : 7 ) 





Salam Aidil Adha 1432 dari saya buat keluarga dan sahabat2 ..

zakieusof - nikmat amal