Monday, 25 July 2011

Kehalusan Perancangan Rabbul Izzati.. mengatasi makhluk bernama manusia

 View Image





Astarghfirullah.. maafkan hamba Mu ini Ya Allah sbw..betapa kerdilnya hamba Mu ini..

‘Kita minta apa yang kita mahu, tapi Allah memberi apa yang kita perlu.’ Begitulah rencana Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kekadang kita begitu berusaha untuk mendapat sesuatu. Kita tak putus-putus berdoa. Namun apa yang kita hajatkan tidak menjadi kenyataan. Sedangkan kita begitu berharap. Waktu tu, datanglah pelbagai perasaaan. Kecewa, sedih, marah, malu, rasa tak berguna dan macam-macam lagi. Seperti hidup tak bermakna lagi dah. Yang lebih parah lagi, ada yang menyalahkan dan mempertikaikan takdir Allah.

Kalamullah
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (AT-Takwir : 29)

Huraian:
Manusia mampu merancang perjalanan kehidupan mereka. Setiap perancangan disusuli dengan usaha dan harapan untuk mencapai matlamat tersebut.

Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya.

Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah menaruh sangkaan baik kepada Allah s.w.t. kerana Dialah Tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Sudah tentu ada hikmah yang tidak diketahui oleh manusia di sebalik setiap kejadian.

Setelah mendapat hasil daripada usaha yang dirancangkan, kita tidak seharusnya mendabik dada, malah kita hendaklah sentiasa meningkatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Begitu juga sebaliknya jika tidak mencapai sasaran perancangan, usahlah bersikap putus asa dan kecewa.

Semuanya adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. untuk menguji hamba-Nya.

Kesimpulan:

Kehendak dan kuasa manusia adalah anugerah Allah s.w.t. Namun begitu, bukan semua kehendak dan kemahuan manusia boleh dicapai walaupun melalui perancangan rapi.

Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa atas tiap-tiap perancangan manusia.

Allah Maha Besar...

wallahu'alam

zakieusof - renungan khusus untuk hamba Mu ini..

No comments:

Post a Comment