Ad din : Hadith Muslim
Dari Saidina Umar Al-Khattab r.a katanya: “Tatkala kami duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, tak kelihatan padanya kesan-kesan perjalanan jauh, dan tak seorang pun dari kalangan kami yang mengenalinya hinggalah orang itu duduk di sisi Rasulullah SAW lututnya bertemu lutut Baginda SAW dan kedua tangannya di atas dua paha Nabi SAW dan berkata: ‘Ya Muhammad! Terangkan kepadaku tentang ISLAM.’
Kata Rasulullah SAW, ‘Islam itu ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkuasa.’ Kata orang itu ‘Benar katamu’. Kata Saidina Umar ra kami pun hairan, betapa dia bertanya dan dia pula membenarkannya. Orang itu berkata pula: ‘Khabarkan kepadaku tentang IMAN’.
Kata Nabi SAW, ‘Iman itu ialah percaya kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, hari Qiamat dan ketentuan baiknya dan buruknya daripada Allah’. Kata orang itu, ‘Benar katamu’. Orang itu berkata pula: ‘Khabarkan kepadaku tentang IHSAN’.
Kata Nabi SAW, ‘Ihsan itu bahawa engkau mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya, Dia tetap melihat engkau’. Orang itu bertanya lagi: ‘Khabarkan kepadaku tentang Qiamat’. Kata Nabi SAW, ‘Tidaklah yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya’. Orang itu berkata: ‘Khabarkan kepadaku tanda-tanda Qiamat’. Kata Nabi SAW, ‘Tandanya apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri dan engkau melihat perlumbaan membina rumah-rumah oleh orang-orang melarat’. Kata Saidina Umar r.a: ‘Kemudian pergilah orang itu’ dan setelah beberapa lama kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku: ‘Tidakkah engkau kenal siapakah yang bertanya itu?’ Jawabku ‘Allah dan Rasul sahaja yang mengetahui'. Kata Rasulullah SAW: “Maka sesungguhnya itulah Jibril a.s datang ia kepada kamu mengajarkan tentang agamamu.” (Riwayat Muslim)
wallahu'alam
zakieusof -
No comments:
Post a Comment