Friday, 4 November 2011

Salam Aidil Adha 1432H

adha2.jpg









PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, 

Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hanya dengan bertakwa seseorang itu dapat memelihara dirinya daripada perbuatan lalai dan sia-sia serta melahirkan budi pekerti yang mulia. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang taat hingga keakhir usia. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan dua hari yang dianggap memberi makna dan penting bagi kita iaitu sambutan hari raya Aidil Adha 2011. Insaya' Allah hari raya akan kita sambut pada 6 November 2011. 

Pada masa ini umat Islam dari seluruh dunia sedang berhimpunan di padang Arafah, untuk melaksanakan kerja utama dalam ibadah haji. Bagi kita yang tidak pergi menunaikan haj adalah digalakkan supaya kita berpuasa sunat pada 9 zulhijjah sempena hari wukuf dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah sempena menyambutAidil Adha. . 

Ssebagaimana yang kita sedia maklum, ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke lima bagi Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat untuk mengerjakan haji, diwajibkan mengerjakan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-nya : 


Maksudnya : " Seseungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ( beribadah kepada Tuhannya ) ialah baitul Allah di Makkah yang barakah dan ( dijadikan ) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya diantaranya ialah) makam nabi Ibrahim. dan sesiapa yang masuk kedalamnya aman tenteranlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi baitul Allah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya. dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadah haji itu ) maka sesungguhnya Allah Maha kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun ) dari sekelian mahkluk ". 

( Surah ِ Ali – Imran : 96 -97 )


PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. : 

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".

( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ". 
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah ) 

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri. 

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah : 

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim. 

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya. 

PARA SAHABAT2 KU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN, 

Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ". 
( Surah Ibrahim : 7 ) 





Salam Aidil Adha 1432 dari saya buat keluarga dan sahabat2 ..

zakieusof - nikmat amal

No comments:

Post a Comment