Saturday, 9 July 2011

amalan pemakanan rasulullah saw ..


 




















AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W , SIHAT DAN BERKHASIAT.

SahabatMusleem

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Menyoroti sejarah, Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar". Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dibentangkan di International Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji- bijian sempurna adalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan di samping mencegah kanser. Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji- bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna. Justeru itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji- bijian yang sempurna.

Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya". Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Nabi juga memakan buah- buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Di samping itu, Rasulullah juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan buah- buahan dan sayur- sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.

wallahu'alam

zakieusof


~makan sihat,hidup sejahtera~


berpesan-pesan kearah kebaikan & ketaqwaan;

Friday, 8 July 2011

Pengorbanan Ibubapa - renungan untuk anakanda

 http://guruohguru.files.wordpress.com/2010/07/ayah-anak2.jpg

BESARNYA PENGORBANAN IBU BAPA

Wahai anakanda.....

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.

Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.

Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.

Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”

(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.

Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.

Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.

Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.

Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya.

Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.

Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”

Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.

Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.

Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya – didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.

Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.

Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.

Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?

Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?

Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.

Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)

Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.

Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.

Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.

Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.

~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau permudahkan segala urusannya Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari segala mala petaka amin…….


renungan untuk anakanda farhan, farah, amir dan imran
zakieusof

Thursday, 7 July 2011

taubat seorang hamba

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpfIngCVDL9K5fdPryRsUf82G1PU_eH6OSdrRHnQTBsowv7ZMpF10ctS55YXDSXcmM-S6giZeEKlOqGOtEypoaWJcM6lu5PNQnyZLmt7SQ_jNrDZrysWn3TTOJsHqw6Vyce2DjNB9LSA/s1600/1344446087_130c5bc1b3.jpg

TAUBAT SEORANG HAMBA  - jangan bersedih

Disampaikan oleh Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Di Madrasah al-Ma’murah, Ahad, 10 Syawal 545H
(Rujukan : Fathur-Rabbani)


Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.

Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Wahai hamba…!
Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.

Wahai hamba…!
Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.

Abu Muhammad al-’Ajami Rahimahullah sentiasa berdoa dengan ucapan: “Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang baik.” Seakan-akan ia bermaksud mengatakan: “Ya Allah, jadikanlah kami sebagai orang yang memperbaiki apa yang telah kami lakukan.” Tetapi lafaz itu tidak sampai beliau ucapkan.

Barangsiapa yang pernah merasakannya, maka ia akan mengetahuinya. Pergaulan yang baik dengan makhluk dan berteman dengan mereka dalam batas-batas syariah dan keredaan-Nya adalah pergaulan yang diberkati. Sebaliknya, jika hal itu dilakukan dengan melanggar batas-batas syariah dan tiada keredaan-Nya, maka janganlah lakukan itu, kerana tiada kehormatan untuk mereka. Penerimaan dan penolakan terhadap suatu ketaatan merupakan suatu petanda bagi kaum sufi dan orang-orang yang menjauhi kemaksiatan.

Wahai hamba…!
Tegakkanlah perangkap doamu dan kembalilah kepada keredaan. Janganlah engkau berdoa dengan lidahmu, sementara hatimu berpaling daripada Allah al-Haq. Pada hari akhirat kelak, semua manusia akan teringat akan apa yang telah dilakukannya di dunia, sama ada kebaikan atau keburukannya. Penyesalan ketika itu tiada bermanfaat sama sekali, demikian juga dengan ingatan itu. Bahkan tidak bermanfaat juga baginya mengingat hari kematiannya, ingat akan tanah pertanian dan persemaiannya dan masa menuai bagi manusia. Semuanya itu tidak bermanfaat lagi.

Jika kematian datang kepadamu, maka engkau akan terjaga (sedar akan segala perbuatan dan tindakan yang dilakukan selama hidup di dunia). Bagaimanapun terjaga pada waktu itu tidak berguna lagi bagimu.
“Ya Allah..! Bangkitkanlah kami daripada ketiduran orang-orang yang terlupa terhadap-Mu dan orang-orang yang tidak mengerti tentang Engkau…”
Wahai hamba…!
Persahabatanmu dengan keburukan akan menjadikan kamu orang-orang yang berprasangka buruk terhadap kebaikan. Berjalanlah kamu di bawah naungan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, nescaya kamu akan berbahagia.

Wahai kaumku…!
Malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-sebenar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu menyia-nyiakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak akan dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada maqam Tuhanmu. Ingatan kepada Allah selalu terhunjam di dalam hati orang-orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu.

Apabila hal itu dapat kamu laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada qada’ Allah, dekatnya hati kepada Allah, bermunajat kepada-Nya, menyingkap tabir yang ada di antaranya dengan Allah. Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan.

Allah swt berfirman :
“Tiada sesuatu juapun yang menyerupai-Nya, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Syura : 11)
Adapun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang beriman dan melihat kepada Dzat Allah Yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah di sisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk. Kebaikan adalah dalam menghadap kepada-Nya sedangkan keburukan adalah berpaling daripada-Nya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untuk-Nya.

Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya maka balasan untukmu ada pada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana Dzatnya, maka balasan untukmu adalah kedekatanmu kepada-Nya dan melihat-Nya.

Kemudian, janganlah engkau mengharapkan imbalan amalmu secara keseluruhan. Segala sesuatu yang ada di akhirat, di dunia dan selain daripada Allah, bersandar kepada-Nya. Janganlah engkau mencari kenikmatan itu kepadamu. Carilah jiran, sebelum kamu mencari rumah yang hendak engkau diami. Dia Yang Ada sebelum adanya segala sesuatu. Dialah Yang Mengadakan segala sesuatu, dan Dialah Yang Ada setelah segala sesuatu.
Hendaklah engkau sentiasa ingat akan mati dan bersikap sabar atas segala bencana, serta bertawakallah kamu kepada Allah dalam semua keadaan. Jika ketiga-tiga tahap ini telah engkau laksanakan dengan sempurna, maka pada suatu ketika, akan datanglah malaikat kepadamu dengan mengingatkan kematian yang menjelang dan ketika itu berhasillah kezuhudanmu. Dengan kesabaran, engkau akan memperolehi segala sesuatu yang engkau harapkan dari Allah s.w.t, dan dengan ketawakalan, akan keluarlah segala sesuatu dari hatimu, sehingga ia hanya terkait dengan Allah semata-mata. Singkirkanlah dari hatimu dunia, akhirat dan segala sesuatu selain daripada Allah. Dengan demikian, akan datang kepadamu kesegaran dan ketenangan dari segala penjuru serta pemeliharaan dan perlindungan dari enam penjuru mata angin, sehingga tiada ruang bagi makhluk untuk mencederakan engkau. Tertutuplah daripadamu semua arah dan terkuncilah daripadamu semua pintu. Sehingga engkau tergolong kepada orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi:
“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka…” (Al-Isra’ : 65)
Bagaimana mungkin makhluk akan dapat menguasai orang-orang yang mengesakan Allah, yang ikhlas, yang tidak menunjuk-nunjukkan amalnya kepada makhluk, yang berbicara tentang tujuan akhir, bukan pada permulaannya. Semua permulaan itu adalah bisu dan semua penghujung itu adalah pemahaman. Orang yang ikhlas itu kerajaannya ada di dalam hatinya dan kekuasaannya ada di dalam batinnya tanpa memandang kepada kenyataan zahiriyah.

Adalah suatu hal yang jarang terjadi, seseorang yang mampu menghimpunkan kerajaan zahir dan batin. Jadilah kamu menjadi orang yang menyembunyikan semua sikap dan perilakumu, janganlah berhenti, hingga engkau mampu menyempurnakannya dan hatimu sentiasa berhubungan dengan Allah.

Jika engkau telah menyempurnakannya, maka ketika itu engkau tidak lagi akan peduli kepada sebarang halangan dan rintangan. Bagaimana kamu akan mempedulikannya, sedangkan kedudukan engkau telah mantap dan kukuh. Berdirilah engkau ditempatmu, sementara Dia akan memelihara dan melindungimu, maka manusia atau makhluk-makhluk lain akan menjadi dinding penghalang di hadapanmu.

Hinaan dan pujian ketika ini tiada beza bagi kamu, demikian juga dengan penerimaan atau penolakan mereka. Engkau akan menjadi orang yang membangun dan yang merobohkan mereka. Kamu bertindak terhadap mereka dengan seizin Khaliq, al-Haq Pencipta mereka.

Maka Dia akan memberimu jalan pemecahan dan penyelesaian serta membuang semua petaka di dalam hatimu dan memberikan tanda-tanda ke dalam batinmu. Tiada pembicaraan apapun sehingga engkau cukup mafhum dengan semuanya ini. Jika tidak, maka jadilah kamu orang yang berakal, janganlah berbuat bodoh. Kamu adalah bagaikan orang buta, oleh itu carilah orang yang akan menuntunmu, kamu adalah orang bodoh, maka carilah orang yang akan mengajarimu. Jika engkau telah menemuinya maka hendaklah engkau berpegang kepadanya, terimalah semua pendapat dan buah fikirannya dan terimalah dalil-dalil yang diberikannya secara baik. Jika engkau telah mendapatkannya, maka duduklah engkau di sana bersamanya hingga engkau mampu memantapkan pengetahuanmu berkenaan hal itu.

Pada ketika itu akan terlindunglah daripadamu segala kejahatan. Engkau menjadi pengikut kefakiran dan kemiskinan. Kesimpulan daripada semuanya ini ialah menjaga rahsia Allah dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.

Dari manakah kamu mencari kebenaran dan keredaan Allah selain daripada-Nya! Apakah kamu tidak mendengar firman-Nya yang berbunyi:
“Di antara kamu, ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu (juga) ada orang yang menghendaki akhirat.” (Ali-Imran : 152)
Sementara dalam ayat lain pula, Allah berfirman, yang bermaksud:
“Mereka menghendaki atau menginginkan keredaan-Nya.” (Al-Kahfi : 28)
Sesungguhnya kebahagiaan dan keberuntungan akan menjadi bahagianmu, dan datang kepadamu tangan-tangan mujaddid (pembaharu) yang akan membersihkan kamu daripada sentuhan tangan-tangan makhluk, serta akan membawamu menghampiri pintu gerbang taqarrub kepada Allah. Allah berfirman, yang berbunyi:
“Di sana, pertolongan itu hanya datang dari Allah Yang Haq.” (Al-Kahfi : 44)
Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka dunia dan akhirat akan datang kepadamu sebagai pelayan, tanpa adanya kesusahan. Capailah pintu al-Haq dan tetaplah engkau berdiri di sana. Apabila engkau tetap di sana, maka akan nyatalah bagimu beberapa seruan atau bisikan, sehingga engkau akan mengetahui dan membezakan antara bisikan nafsu, bisikan hawa, bisikan hati, bisikan iblis dan bisikan malaikat. Inilah yang dikatakan dengan bisikan yang benar dan bisikan yang batil.

Pelajarilah satu demi satu bisikan-bisikan tersebut, sehingga engkau mengetahui tanda-tandanya. Apabila engkau telah sampai ke tahap ini, maka akan datang bisikan (ilham) dari Allah untuk membimbingmu berkenaan dengan kesopanan, keteguhan, tegak dan dudukmu, gerak dan diammu serta perintah dan larangan buatmu.

Wahai kaumku…!
Janganlah kamu mencari tambahan dan pengurangan, awalan dan akhiran, kerana takdir itu telah menyelebungi diri masing-masing dengan sempadan-sempadan atau batas-batas tertentu. Tiada seorangpun di antara kamu, kecuali ia mempunyai catatan atau ketentuan daripada kudrat ini.

Allah telah berlepas tangan daripada segala sesuatu yang telah ditetapkan-Nya sebelumnya. Bagaimanapun, akan datang bagi segala sesuatu itu hukum-hukum yang ditutup oleh perintah-perintah, dalam bentuk larangan dan kewajipan. Oleh yang demikian, tidaklah halal bagi seseorang untuk mengemukakan hujah atau alasan hukum atau ketetapan yang telah lalu. Allah Ta’ala berfirman:
“Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya tetapi merekalah yang akan ditanyai.” (Al-Anbiya’ : 23)
Wahai kaumku…!
Beramallah kamu dengan amalan zahiriyah, amalan yang nyata bagaikan dakwat hitam di atas kertas yang putih, sehingga membawamu kepada mengamalkan amalan batin dalam urusan ini. Jika kamu mengamalkan amalan zahiriyah, maka ia akan mendatangkan kefahaman bagimu terhadap perkara-perkara batiniyah, kemudian ia meresap ke dalam jiwamu dan mempengaruhi lisanmu, kemudian ia meresap ke dalam lisanmu dan kamu sampaikan ia kepada manusia. Demikianlah alirannya terus menerus secara berulang-ulang, untuk kemaslahatan dan kemanfaatan manusia sejagat.

Wahai…!
Alangkah beruntungnya kamu jika kamu mengikuti al-Haq dan mencintai-Nya. Sebaliknya, alangkah celakanya kamu, jika kamu hanya mengakui bahawa kamu mencintai Allah. Tahukah kamu bahawa untuk mencintai Allah itu diperlukan beberapa syarat yang mesti dipenuhi…? Sebahagian daripada syarat-syarat cinta kepada-Nya itu ialah mentaati-Nya, serta tidak merasa tenang di sisi selain daripada-Nya, merasa tenteram bersama-Nya serta tidak merasa keberatan untuk tetap bersama-Nya. Apabila cinta kepada Allah itu benar-benar telah mantap dan terhunjam dalam ke hati hamba-Nya, maka hamba itu akan merasa tenteram bersama-Nya, dan membenci segala sesuatu yang boleh melalaikan hati dan jiwa daripada-Nya.

Oleh itu bertaubatlah kamu dari pengakuanmu yang bohong itu, kerana semuanya itu tidak mungkin diperolehi dengan khayalan, angan-angan, dusta, munafik atau dengan sikap kepura-puraan. Bertaubatlah kamu dan tetaplah kamu dalam taubatmu itu. Ketaubatanmu tidak sama dengan bagaimana engkau mengukuhkan taubat itu. Demikian juga dengan penipuan yang engkau lakukan, tidaklah sama dengan perbuatan yang engkau anggap dapat mengukuhkan pembohongan itu, serta apa-apa yang menjadi buah penipuan tersebut.

Tetaplah engkau untuk sentiasa reda dengan Allah, dalam keadaan derita atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak. Tiada ubat yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Al-Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada-Nya, jangan pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain-Nya. Kerana semuanya itu akan menambah ujian dan cubaan terhadap dirimu.

Oleh itu hendaknya engkau tenang berada dihadapan-Nya. Lihatlah apa yang dilakukan-Nya terhadap kamu dan untuk kamu, maka berbahagialah kamu dengan perubahan dan penukaran yang dilakukan terhadapmu itu. Jika kamu bersama-Nya dengan jalan seperti ini, maka sudah pasti Dia akan menukar kegelisahanmu dengan ketenangan, dan jiwamu akan tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Ya Allah!
Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.

wallahu'alam - la tahzan

zakieusof

Wednesday, 6 July 2011

janji Allah kepada manusia....

 http://arisme.com/story/wp-content/uploads/2008/07/berdoa1.jpg




PERJANJIAN ALLAH SWT DENGAN MANUSIA

Doa dan janji Allah s.w.t berkait rapat. Allah s.w.t menjanjikan untuk menerima semua doa. Hamba sudah sangat kuat dan kerap berdoa. Hamba mendoakan agar diselamatkan daripada sesuatu musibah. Masa musibah itu sampai sudah tiba tetapi keselamatan daripadanya tidak tiba. Timbul keraguan dalam hati hamba itu tentang janji-janji Allah s.w.t.
 
Sebahagian orang beriman diuji dengan penerimaan atau penolakan doa dan sebahagian yang lain diuji dengan tertunai atau tertahan janji Allah s.w.t. Janji Allah s.w.t ada dalam bentuk umum dan ada dalam bentuk khusus. Janji umum banyak terdapat di dalam al-Quran seperti janji syurga terhadap orang yang berbuat kebajikan, janji neraka terhadap orang yang derhaka, janji ketinggian darjat bagi orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t, janji kekuasaan di atas muka bumi terhadap orang yang beriman dan beramal salih dan lain-lain lagi. Di dalam surah an-Nisaa’ ayat 95 Allah s.w.t  menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang berjihad pada jalan-Nya. Dalam surah an-Nur ayat 55 Allah s.w.t menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih bahawa mereka akan dijadikan khalifah di bumi, Dia akan teguhkan agama mereka dan Dia akan hilangkan ketakutan mereka.
 
 Banyak lagi janji Allah s.w.t yang boleh ditemui di dalam al-Quran. Janji-janji Allah s.w.t secara umumnya berkaitan dengan amal, sesuai dengan sunnatullah yang menguasai perjalanan kehidupan. Ada juga janji secara khusus kepada orang-orang tertentu, misalnya melalui mimpi atau suara ghaib. Orang yang beriman dengan Allah s.w.t percaya kepada janji-janji-Nya. Janji Allah s.w.t menjadi pendorong kepada mereka untuk bekerja kuat, beramal salih dan berjihad pada jalan-Nya. Allah s.w.t tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janji-Nya. Di dalam golongan yang percaya kepada janji-janji Allah s.w.t itu ada sebilangan yang berpenyakit seperti yang dihidapi oleh sebilangan orang yang berdoa kepada Allah s.w.t. Orang yang berdoa membuat tuntutan dengan doanya dan orang yang percaya kepada janji Allah s.w.t membuat tuntutan dengan amalnya, kerana Allah s.w.t berjanji memberinya sesuatu menurut amalannya.
 
 Hikmat ketujuh mengaitkan janji Allah s.w.t  dengan mata hati dan Nur Sir (Rahsia atau batin). Persoalan mata hati telah disentuh pada Hikmat ke lima. Penyingkapan rahsia mata hati menemukan kita dengan persoalan diri zahir, diri batin dan seterusnya kepada persoalan roh. Suluhan mata hati membawa kepada pengenalan terhadap Alam Barzakh dan keabadian. Mata hati yang kuat tidak berhenti setakat Alam Barzakh, malah ia menghala kepada peringkat alam yang lebih tinggi yang dinamakan Alam Malakut Atas. Pandangan mata hati seterusnya sampai kepada kulit alam yang dinamakan Arasy Yang Meliputi. Semua makhluk Allah s.w.t menghuni ruang yang di dalam atau dibatasi oleh kulit atau kerangka alam, iaitu Arasy. Tidak ada mahluk yang wujud di luar dari kulit alam. Walaupun kulit alam merupakan kejadian Tuhan yang paling luar namun, mata hati tidak berhenti setakat itu. Mata hati terus meneroka ‘di luar’ dari kulit alam, yang dipanggil Wujud ketuhanan. Di sini timbul persoalan berat dan rumit untuk dihuraikan. Semua kejadian berada di dalam kulit alam. Kulit alam adalah yang terakhir. Apabila sampai kepada kulit alam tidak boleh lagi dikatakan wujud alam ketuhanan di luar, selepas, di sebalik dan istilah-istilah lain, kerana tidak ada apa-apa lagi. Kewujudan ketuhanan bukanlah satu jenis alam lain. Tidak boleh dikatakan wujud alam ketuhanan selepas alam kita ini. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak menempati ruang. Jika demikian persoalannya bagaimanakah yang dikatakan ketuhanan sedangkan kita sudah menjelajah ke seluruh alam maya namun, Allah s.w.t tidak juga ditemui?
 
 Antara alam yang sementara dengan alam abadi terdapat Alam Barzakh. Barzakh adalah sempadan. Barzakh itulah yang menghubungkan dua keadaan yang berbeza. Misalnya, barzakh bagi laut dan sungai ialah kuala. Air laut adalah masin dan air sungai adalah tawar. Air pada barzakh keduanya iaitu kuala adalah sebatian masin dengan tawar yang dinamakan payau. Payau bukan masin dan bukan lain daripada masin. Payau juga bukan tawar dan bukan lain daripada tawar. Kuala bukan laut dan bukan sungai dan bukan juga lain daripada laut dan sungai. Jika mahu lihat laut dan sungai dengan sekali pandang atau sebagai satu kewujudan maka lihatlah kepada kuala. Jika mahu merasai masin dan tawar sekaligus maka rasailah air payau.
 
 Jika terdapat barzakh di antara makhluk dengan makhluk, terdapat juga barzakh di antara Tuhan dengan makhluk. Barzakh inilah yang menjadi penghubung di antara Tuhan dengan hamba. Tanpa barzakh ini tidak mungkin berlaku kewujudan makhluk yang diciptakan Tuhan kerana tidak ada talian atau jambatan yang menghubung. Barzakh di antara Allah s.w.t dengan hamba itu dinamakan Sir atau Rahsia, iaitu Rahsia Allah s.w.t, yang hanya Allah s.w.t yang mengetahui hakikatnya yang sebenar. Rahsia inilah yang memungkinkan ada hubungan di antara Pencipta dengan yang di cipta. Sir atau Rahsia itu memancarkan nurnya kepada mata hati. Mata hati yang bersuluhkan  Nur Sir (rahsia ketuhanan) akan mendapat pengenalan tentang Sir dan mengalami suasana tauhid  peringkat yang tertinggi. Apabila hakikat Sir ditemui nyatalah firman Allah s.w.t:
Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, - ( Ayat 16 : Surah Qaaf )
Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada. ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid )
“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!”( Ayat 96 : Surah as-Saaffaat )
Dan kamu  tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. ( Ayat 29 : Surah at-Takwiir)

Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.

Apa yang ada pada kita semuanya adalah kurniaan dari Allah s.w.t. Kemahuan kita untuk melakukan amal salih datangnya dari Iradat Allah s.w.t, tanpa Iradat Allah s.w.t kita akan menjadi dungu, tidak berkemahuan. Apabila kita melakukan amal kebaikan, kita tidak terlepas daripada menggunakan daya dan upaya yang datangnya dari Allah s.w.t. Tanpa Kudrat Allah s.w.t kita tidak mampu bergerak. Kebolehan kita untuk berdoa dan beramal adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Jangan kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu  kepada iman (yang dakwakan itu), kalau betul kamu  orang-orang yang benar (pengakuan imannya). ( Ayat 17 : Surah al-Hujuraat )

Kehendak  dan perbuatan kita adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Jadi, apakah hak kita untuk menuntut Allah s.w.t dengan doa dan amal kita. Memang benar Allah s.w.t berjanji untuk mengabulkan semua doa dan mengurniakan sesuatu menurut amalan. Tetapi, tidak ada makhluk-Nya yang layak menagih janji tersebut. Janji Allah s.w.t kembali kepada diri-Nya Sendiri. Jangan cuba-cuba menuntut janji Allah s.w.t kerana andainya Dia menuntut kamu dengan amanah yang dipertaruhkan kepada kamu nescaya semua amalan kamu akan hancur berterbangan seperti debu, tidak ada walau sebesar zarah pun yang layak dipersembahkan kepada-Nya apabila kamu dihadapkan kepada keadilan-Nya.
 
 Lantaran itu berteduhlah di bawah payung rahmat dan keampunan-Nya, jangan diungkit-ungkit tentang amal kamu dan janji-Nya. Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w yang telah menerima janji Allah s.w.t iaitu baginda s.a.w telah bermimpi memasuki kota Makkah. Kaum muslimin percaya bahawa mimpi Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar dan mereka yakin bahawa itu adalah janji Allah s.w.t kepada Rasul-Nya, yang Dia mengizinkan mereka bersama-sama memasuki kota Makkah sekalipun musyrikin Quraisy masih menguasai kota tersebut. Kaum muslimin berangkat dari Madinah ke Makkah. Rombongan mereka dihadang sebelum sampai di Makkah. Kaum musyrikin enggan membenarkan kaum muslimin memasuki Makkah. Ekoran dari peristiwa itu termetrailah Perjanjian Hudaibiah. Rasulullah s.a.w bersetuju agar kaum muslimin tidak memasuki Makkah pada tahun itu. Saidina Umar al-Khattab r.a yakin akan mimpi Rasulullah s.a.w. Beliau r.a juga percaya bahawa mimpi Rasulullah s.a.w itu adalah janji Allah s.w.t mengizinkan mereka memasuki kota Makkah. Beliau r.a juga yakin bahawa lantaran janji Allah s.w.t adalah benar maka bertegas memasuki Makkah walaupun dengan cara berperang adalah tindakan yang benar. Beliau r.a menganjurkan agar berperang supaya kebenaran mimpi Rasulullah s.a.w dan kebenaran janji Allah s.w.t menjadi kenyataan. Iman Umar r.a yang sangat mendalam membuatnya mahu maju terus menurut petunjuk yang sampai kepada beliau r.a. tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri. Saidina Abu Bakar as-Siddik yang Nur Sirnya lebih sempurna daripada Nur Sir Umar r.a bersikap menyetujui tindakan Rasulullah s.a.w memetrai Perjanjian Hudaibiah. Melalui suluhan Nur Sirnya Abu Bakar r.a dapat menyaksikan apa yang terlindung dari pandangan mata hati Umar r.a.
 
 Kemudian ternyata perjanjian tersebut banyak memberi manfaat kepada kaum muslimin. Ternyata kebijaksanaan Rasulullah s.a.w memetrai Perjanjian Hudaibiah dan kebenaran pandangan mata hati Abu Bakar r.a melalui pancaran Nur Sirnya. Sesuai dengan Perjanjian Hudaibiah, pada tahun berikutnya kaum muslimin dapat memasuki kota  suci Makkah secara aman. Benarlah apa yang dimimpikan oleh Rasulullah s.a.w dan benarlah janji Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menerima janji Allah s.w.t sebagai satu kurniaan yang wajib diyakini dengan cara bertawakal kepada Allah s.w.t dalam pelaksanaannya. Bila terjadi sesuatu yang pada zahirnya menghalang pelaksanaan janji Allah s.w.t itu Rasulullah s.a.w tidak menagih Allah s.w.t dengan janji tersebut, sebaliknya baginda s.a.w mengembalikannya kepada Allah s.w.t. Sebagai balasan terhadap kerelaan menerima takdir Allah s.w.t maka Allah s.w.t kurniakan pula Perjanjian  Hudaibiah yang banyak membantu perkembangan dakwah Islam. Allah s.w.t  juga tidak sekali-kali melupakan janji-Nya mengizinkan kaum muslimin menziarahi tanah suci Makkah, dengan rahmat-Nya kaum muslimin memasuki kota Makkah pada tahun berikutnya dalam suasana aman. Jadi, apabila janji  Allah s.w.t dikembalikan kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t melaksanakannya.
 
Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita tentang Sir. Saidina Abu Bakar as-Siddik r.a melebihi sahabat-sahabat yang lain lantaran Sirnya, iaitu Rahsia pada hati nuraninya yang menghubungkannya dengan Allah s.w.t. Sir yang menguasainya itulah yang menjadikannya as-Siddik. Beliau r.a dapat membenarkan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w tanpa usul. Beliau r.a membenarkan peristiwa Israk dan Mikraj ketika kebanyakan kaum Quraisy menafikannya. Abu Bakar r.a bukanlah seorang dungu yang bertaklid secara membuta tuli. Tetapi, apa yang sampai kepadanya diakui oleh Sirnya yang memperolehi pengesahan daripada Allah s.w.t. Cahaya kebenaran yang keluar daripada Rasulullah s.a.w dan cahaya kebenaran yang keluar dari Sir Abu Bakar r.a adalah sama, sebab itulah Abu Bakar r.a membenarkannya tanpa usul dan tanpa meminta bukti. Bukti apa lagi yang diperlukan apabila Sir telah mendapat jawapan daripada Allah s.w.t. Sir atau Rahsia Allah s.w.t itulah yang tidak bercerai tanggal daripada Allah s.w.t, sentiasa menghadap kepada Allah s.w.t dan mendengar Kalam Allah s.w.t. Sir itulah yang mengenal Allah s.w.t
 
Kemurnian Sir Abu Bakar as-Siddik r.a ternyata lagi ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. Umar r.a yang dikuasai oleh iman yang sangat kuat yang melahirkan cinta yang mendalam terhadap Rasulullah s.a.w, Kekasih Allah s.w.t, dikuasai kecintaan itu, beliau r.a mahu memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan Rasulullah s.a.w sudah wafat. Tetapi, Abu Bakar r.a, yang kecintaannya terhadap Rasulullah s.a.w mengatasi kecintaan Umar r.a mampu mengatakan, “Sesiapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad sudah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah s.w.t maka Allah s.w.t tidak akan wafat selama-lamanya!” Begitulah murninya cahaya atau nur  yang diterima oleh Abu Bakar r.a di dalam hatinya yang dipancarkan oleh Sir. Tidak salah jika dikatakan sekiranya mahu memahami hakikat Sir maka fahamilah diri Saidina Abu Bakar as- Siddik r.a. Mengenali beliau r.a membuat seseorang mengenali tanda-tanda Sir.
 
Kalam Hikmat ketujuh ini memberi panduan untuk memahami hakikat Sir. Tanda seseorang tidak mendapat sinaran Nur Sir ialah dia meragui janji-janji Allah s.w.t lantaran dia mentakrif maksud janji Allah s.w.t menurut seleranya sendiri. Bagaimana kedudukan kita terhadap janji Allah s.w.t begitulah keadaan hati kita berhubung dengan Rahsia  Allah s.w.t 
 
wallahu'alam
zakieusof

 




Tuesday, 5 July 2011

syafaat rasulullah saw - janji kepada ummat

http://hambamu.files.wordpress.com/2007/08/icon_tauhid5.jpg


SYAFAAT RASULULLAH SAW

“Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi was sallam bersabda, “Setiap Nabi alaihis salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafa’at bagi ummatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafa’at tersebut Insya Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah ta’ala dengan suatu apapun.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Syafaat berasal dari kata asy-syafa’ (ganda) yang merupakan lawan kata dari Al-witru (tunggal), yaitu menjadikan sesuatu yang tunggal menjadi ganda, seperti membagi satu menjadi dua, tiga menjadi empat, dan sebagainya. Ini pengertian secara bahasa.

Sedangkan secara istilah, syafaat berarti menjadi penengah bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudharat, yakni pemberi syafaat itu memberikan manfaat kepada orang itu atau menolak mudharatnya.

Syafaat terdiri dari dua kategori
:
Pertama , Syafaat yang didasarkan pada dalil yang kuat dan shahih, yaitu yang ditegaskan Allah Swt dalam Kitab-Nya , atau dijelaskan Rasulullah. Syafaat tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang bertauhid dan ikhlas; karena Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata, “Wahai Rasulullah, siapa yang paling bahagia mendapatkan syafaatmu?” Beliau menjawab, “Orang yang mengatakan,’Laa ilaaha illallah’ dengan ikhlas dalam hatinya.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhori, kitab Al-Ilm, bab “Al-Hirsh ‘ala Al-Hadits.”
Syafaat mempunyai tiga syarat:
  1. Allah meridhai orang yang memberi syafaat.
  2. Allah meridhai orang yang diberi syafaat.
  3. Allah mengizinkan pemberi syafaat untuk memberi syafaat.
Syarat-syarat di atas secara global dijelaskan Allah dalam firman-Nya, “Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya).” (An- Najm:26)

Kemudian firman Allah Ta’ala , : “Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.” (Al- Baqarah:255)

Lalu firman Allah Ta’ala , : “Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya.” (Thahaa: 109)
Kemudian firman Allah Ta’ala , : “Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada- Nya.” (Al-Anbiya: 28)

Agar syafaat seseorang diterima, maka harus memenuhi ketiga syarat di atas. Menurut penjelasan para ulama, syafaat yang diterima, dibagi menjadi dua ciri:

1. Syafaat umum. Makna umum, Allah mengizinkan kepada salah seorang dari hamba-hamba-Nya yang shalih untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang diperkenankan untuk diberi syafaat. Syaaat ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lainnya, orang-orang jujur, para syuhada, dan orangorang shalih. Mereka memberikan syafaat kepada penghuni neraka dari kalangan orang-orang beriman yang berbuat maksiat agar mereka keluar dari neraka.

2. Syafaat khusus, yaitu syafaat yang khusus diberikan kepada Nabi Muhammad saw dan merupakan syafaat terbesar yang terjadi pada hari Kiamat. Tatkala manusia dirundung kesedihan dan bencana yang tidak kuat mereka tahan, mereka meminta kepada orangorang tertentu yang diberi wewenang oleh Allah untuk memberi syafaat. Mereka pergi kepada Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa. Tetapi mereka semua tidak bisa memberikan syafaat hingga mereka datang kepada Nabi saw, lalu beliau berdiri dan memintakan syafaat kepada Allah, agar menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari adzab yang besar ini. Allah pun memenuhi permohonan itu dan menerima syafaatnya. Ini termasuk kedudukan terpuji yang dijanjikan Allah di dalam firman-Nya : “Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Al-Israa’:79)

Di antara syafaat khusus yang diberikan kepada Rasulullah Saw ada l ah syafaatnya kepada penghuni syurga agar mereka segera masuk surga, karena penghuni surga ketika melewati jembatan, mereka diberhentikan di tengah jembatan yang ada di antara surga dan neraka. Hati sebagian mereka bertanya-tanya kepada sebagian lain, hingga akhirnya mereka bersih dari dosa. Kemudian mereka baru diizinkan masuk surga. Pintu surga itu bisa terbuka karena syafaat Nabi saw.

Kedua, Syafaat batil yang tidak berguna bagi pemiliknya, yaitu anggapan orang-orang musyrik bahwa tuhan-tuhan mereka dapat memintakan syafaat kepada Allah.

Syafaat semacam ini tidak bermanfaat bagi mereka seperti yang difirmankan-Nya, “Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari orang-orang yang memberikan syafaat.” (Al-Mudatstsir : 48)

Demikian itu karena Allah tidak rela kepada kesyirikan yang dilakukan oleh orang-orang musyrik itu dan tidak mungkin Allah memberi izin kepada para pemberi syafaat itu, untuk memberikan syafaat kepada mereka; karena tidak ada syafaat kecuali bagi orang yang diridhai Allah. Allah tidak meridhai hamba-hamba-Nya yang kafir dan Allah tidak senang kepada kerusakan.

Ketergantungan orang-orang musyrik kepada tuhan-tuhan mereka dengan menyembahnya dan mengatakan, “Mereka adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”, (Yunus: 18), adalah ketergantungnya batil yang tidak bermanfaat. Bahkan demikian itu tidak menambah mereka kecuali semakin jauh, karena orang-orang musyrik itu meminta syafaat kepada berhala-berhala itu dengan cara yang batil, yaitu menyembahnya. Itulah kebodohan mereka yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah, tetapi sebenarnya tidak lain hanya menjadikan mereka semakin jauh.

wallahu'alam
zakieusof

Monday, 4 July 2011

doa itu satu ibadah


Go to fullsize image


D o a 

Sesudah manusia niat mengerjakan sesuatu dan mempunyai rasa optimis (Husnul Zhon) terhadap Allah, maka manusia dituntut untuk berdoa memohon diterima segala apa yang ia kerjakan kerana  Allah Maha Kuasa sedangkan manusia makhluk yang sangat lemah yang selalu bergantung kepada-Nya.

Sebagai makhluk Allah yang lemah, manusia sangatlah sombong jika tidak mahu berdoa, Allah sangatlah murka terhadap orang-orang yang sombong.  

Allah telah  berfirman: “Berdoalah kepadaku pasti Aku perkenankan”. 

Dan orang-orang yang sombong  (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk kedalam Neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”.  (Al-baqarah:186)

Doa yang dikabulkan oleh Allah adalah doa yang dilakukan dengan Ikhlas, Khusyuk penuh Tawadhuk  (rendah hati), yakin akan diterima dan dilakukannya sesuai dengan adab-adab doa yang baik.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara lembut (khusyuk). Sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang berlebihan“. ( Al-a’rof:55 ).

“Padahal mereka tidak diperintahkan sesuatu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas (tulus) dan Tekun”. (Al-bayyinah:5).

Menurut Ahli tafsir : Berdasarkan ayat diatas semua permohonan (doa) hamba Allah pasti diterima, Cuma cara Allah menerima doa hambanya berbeza-beza.

Ada tiga cara Allah menerima doa hambanya:

1.  Dikabulkan Secara Langsung. 

Doa yang diterima secara langsung  adalah doa seorang hamba Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT, dilakukan dengan baik dan Allah menganggap permintaannya harus segera diterima. Doa para Wali Allah dan doa orang yang sedang dianiaya sedangkan ia dalam keadaan lemah dan terdesak biasanya Allah menerima doa mereka secara langsung.  “Ketahuilah sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa duka cita terhadap Tuhannya ( Allah ).

Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Untuk mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat, tidak ada perubahan sedikitpun dalam janji-janji Allah ( terhadapnya ). Itulah keberuntungan yang sangat besar”. ( Yunus:61-64 ).

Sabda Nabi SAW: ” Doanya orang yang teraniaya (lemah dan terdesak) tidak ada Hijab / dinding antaranya dan Allah SWT”.

2. Dikabulkan dengan Cara Berproses.

Allah mempunyai rahsia yang tersembunyi yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia kecuali atas kehendak-Nya, manusia hanya diperintahkan untuk berdoa memohon sesuatu yang baik . Allah SWT yang menentukan menurut kehendaknya Yang Maha Kuasa.                                                    

Kata seorang Ahli tauhid:  ” Manusia hidup mempunyai harapan dan doa sedangkan Allah mempunyai Iradat ( Kehendak )” .

Secara Biologi manusia diciptakan Allah SWT mempunyai sifat tergesa-gesa dan segala sesuatunya ingin secara ringkas dan cepat, padahal segala sesuatu harus melalui proses , kesabaran dan ketekunan ( mujahadah ) yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna.  “Dan manusia itu diciptakan oleh Allah bersifat lemah”. (An-nisa:28) “Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat gelisah dan kedekut. Manakala ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan manakala mendapat keuntungan ia menjadi kedekut. Tidak demikian dengan orang-orang yang mendirikan sholat”. ( Al-maarij:19-22 ).
Apabila manusia memohon sesuatu, contohnya: “Ya Allah sembuhkan penyakit kami atau Ya Allah berilah kami rezeki yang melimpah” tanpa diiringi dengan ketekunan dan usaha serta tidak bertaqwa kepadaNya maka Allah akan menolak doa tersebut sehingga orang tersebut sungguh-sungguh berusaha dan bertaqwa.sebab Allah Maha Mengetahui , jika orang tersebut doanya segera diterima kemungkinan ia akan lupa kepadaNya dan melakukan  kejahatan.

3. Doa disimpan sebagai Amal Shaleh di Luh Mahfuz.
Doa disamping bersifat memohon sesuatu juga mempunyai Dimensi ibadah kerana doa sesungguhnya adalah ibadah yang mendapat pahala apabila dikerjakan dan pahala itu akan kita ambil nanti di akhirat.                                                                                                                                                                                          Sabda Nabi : “Doa itu adalah ibadah”. “Doa adalah otaknya ibadah”.     Kata seorang pujangga: “Dunia ini tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat memungut hasilnya”….. berdoalah kepada Allah dalam semua keadaan, Allah lebih suka kita berdoa ketika kita dalam kesenangan kerana ia lebih  Ikhlas jika dibanding dengan doa dalam keadaan kesempitan.

wallahu'alam

zakieusof

Sunday, 3 July 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMC-FBMFJ3MKuYYFlY0yQIBR0uO6gJaSDncSpAUUv3HKBlJTdcyi263EIHWq0FS_0TjK3NUhaDO5HEEIqq5T512FZso-A9tX2w_poIrgTwFBL5YKD_glzHL4PtDXlGDi23uTuxcX_s-c0W/s320/sedekah.jpg

KEUTAMAAN BERSEDEKAH


            Diceritakan, ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh. Lantas Allah SWT berfirman, ''Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?'' Nabi Ayub AS menjawab, ''Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu.'' 

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkahan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa arti tanpa ada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang sedikit akan bisa terasakan mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkahan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Agar rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkah, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Kata Rasulullah SAW, ''Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.'' Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ''Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah?ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.''

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebagian hartanya akan merugi di dunia dan akhirat karena tidak ada keberkahan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah, dan sebaliknya menahannya adalah celaka. 

Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya. Pertama, mengundang datangnya rezeki. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahwa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, ''Pancinglah rezeki dengan sedekah.'' Kedua, sedekah dapat menolak bala. Rasulullah SAW bersabda, ''Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah bisa mendahului sedekah.'' 

Ketiga, sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan, ''Obatilah penyakitmu dengan sedekah.'' Keempat, sedekah dapat menunda kematian dan memperpanjang umur. Kata Rasulullah SAW, ''Perbanyaklah sedekah. Sebab, sedekah bisa memanjangkan umur.'' 

Mengapa semua itu terjadi? Sebab, Allah SWT mencintai orang-orang yang bersedekah. Kalau Allah SWT sudah mencintai seorang hambanya, maka tidak ada persoalan yang tidak bisa diselesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak kabulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampuni, dan hamba tersebut akan meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (baik).

Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang dihadapi manusia. Lalu, kalau manfaat sedekah begitu dahsyatnya, masihkah kita belum juga tergerak untuk mencintai sedekah?  

Wallahu a'lam 

zakieusof